Rebah Ketika Jalani Penggambaran, Pelakon Kacak Godfrey Gao Disahkan Menlngg4l Dunia

Pelakon Taiwan-Canada Godfrey Gao disahkan menlnggal dunia sewaktu menjalani penggambaran program realiti televisyen, Chase Me di China Timur awal pagi Rabu.

Berita itu disahkan oleh agensinya, JetStar Entertainent menerusi kenyataan rasmi hari ini.
 
“Dia telah meninggalkan kita semua… Kami masih lagi terkejut dan bersedih untuk menerima kenyataan ini.
 
“Keluarganya terus bergegas ke lokasi selepas mendapat berita sedlh berkenaan. Tolong memahami keadaan keluarga Godfrey yang sedang bersedlh. Diharapkan tidak ada yang menganggu mereka buat masa ini,” ujar wakil agensinya.
 
Godfrey atau nama sebenarnya Tsao Chih-hsiang dikejarkan ke pusat perubatan apabila tidak sedarkan diri selepas rebah ketika berlari dalam satu acara berpasukan.
 
Bagaimanapun sebelum dikejarkan ke h0spltal, paramedik sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) selama 15 minit sebelum jantungnya berhenti berdegup.
 
Zhejiang Televisyen kemudian mengumumkan Gao menlnggal dunia pada usia 35 tahun selepas doktor gagal menyelamatkannya.
 
Chase Me merupakan rancangan realiti Cina yang melibatkan dua pasukan saingan untuk memenangi perlumbaan.
 
Terdahulu, pelakon kelahiran Taipei, Taiwan ini mempunyai ibu yang berasal daripada Malaysia dan bapa berasal Taiwan.
 
Gao juga banyak menghabiskan masa kecilnya di Vancouver, British Columbia, sebelum kembali ke Taiwan pada tahun 2004 untuk bekerja sebagai model dan pelakon.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: South China Morning Post / Taiwan News via GEMPAK

Be the first to comment on "Rebah Ketika Jalani Penggambaran, Pelakon Kacak Godfrey Gao Disahkan Menlngg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*