Lagenda Bola Sepak, Diego Maradona Did4kwa Ditawar Kontrak Latih Pahang Musim Depan?

Media sosial tiba-tiba gegar dengan satu tweet yang menda4wa lagenda bola sepak dari Argentina, Diego Maradona ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit untuk melatih skuad Tok Gajah yang juga naib juara Liga Super Malaysia 18/19 selama 6 bulan.

D4kwaan tersebut dibuat oleh seorang wartawan sukan dari Mexico, César Luis Merlo menerusi akaun Twitter miliknya.

Diego Maradona walau bagaimanapun katanya telah menolak tawaran tersebut kerana memilih untuk kekal berada di Kelab Gimnasia De La Plata.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Argentina itu pernah mencipta nama sebagai salah seorang pemain lagenda dalam sejarah bola sepak dunia serta pernah dianugerahkan dengan anugerah pemain terbaik FIFA bagi abad ke 20.

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, beliau telah berjaya menjaringkan 312 gol dan pernah membimbing skuad Argentina memenangi Piala Dunia FIFA pada tahun 1986.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: César Luis Merlo, jorge omar barrera via SIAKAP KELI

Be the first to comment on "Lagenda Bola Sepak, Diego Maradona Did4kwa Ditawar Kontrak Latih Pahang Musim Depan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*