Asalnya Eyra Hazali Nak Kahwin 18 November, Tetapi…

Pelakon Eyra Hazali mendedahkan bahawa sebenarnya perancangan awal, dia dan suami yang merupakan pemain bola sepak, Haziq Nadzli mahu bernikah pada 18 November.

Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 20, berkata, tarikh tersebut dipilih kerana mahu berkongsi sama sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa kedua-dua belah pihak.

“Ibu bapa Haziq dan ibu bapa saya berkongsi tarikh sambutan ulang tahun yang sama iaitu pada 18 November. Sebenarnya, pada mulanya, saya dan Haziq juga merancang untuk berkahwin pada tarikh yang sama.

“Bagaimanapun, disebabkan Haziq membuat pengakuan mengenai perasaannya kepada saya pada 1 November, jadi kami teruskan dengan tarikh tersebut sahajalah,” jelas Eyra.

Eyra berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram dengan memuat naik sekeping foto yang memaparkan kedua-dua belah keluarga.

“Terima kasih untuk segalanya ibu ayah yang membesarkan kamu dengan kasih sayang. Terima kasih kerana mengajar kami mengenai kehidupan agar kami menjadi insan yang lebih baik,” tulisnya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa dan keluarga mertuanya.


Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq, 21, pada 1 November lalu selepas mengikat pertunangan pada 1 Disember tahun lepas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Asalnya Eyra Hazali Nak Kahwin 18 November, Tetapi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*