“Assalamualaikum semua, Ada yang rindu Ainul Mardhiah tak” Ibu

Rasanya tidak lengkap jika tiada berita terbaru mengenai bayi kesayangan negara iaitu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Kisah kanak-kanak comel ini yang pernah mendapat liputan meluas di seluruh negara ketika berada di London untuk pemb3dahan membuang ketumbvhan di mulutnya .

Berkat doa serta usaha semua pihak, Ainul Mardhiah kini sudahpun menginjak usia satu tahun lebih dan semakin sihat hari demi hari.

Menerusi Instagram ibu kepada bayi kesayangan semua itu, Ainul sudah pun pandai duduk dan semakin aktif bermain. Walaupun pergerakkannya masih agak terhad, namun ia tidak menghalang untuk dia bergurau dengan mama serta walidnya.

Ibu Ainul, Nurul Erwani juga sempat meninggalkan kapsyen menyatakan kondisi Ainul di postingnya yang terbaru serta bertanyakan kepada warganet sama ada merindui bayi comel itu ataupun tidak.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Ada yang rindu Ainul Mardhiah tak ni🥰 Alhamdulillah Ainul sihat sihat je ni. Banyak dah akal Ainul sekarang😄. . Salam rindu pada semua❤️

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Menerusi video itu juga terlihat Nurul Erwani bergurau dengan anak sulungnya dan seakan Ainul Mardhiah sudah mulai memahami kata-kata mamanya.

Sehubungan dengan itu, ruangan Instagram Erwani penuh dengan komen-komen daripada warganet yang terhibur melihat telatah Ainul.

Mereka juga seperti biasa tidak putus mendoakan agar kesihatan adik Ainul kembali seperti sedia kala dan membesar menjadi seorang yang baik serta solehah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: KL Press

1 Comment on "“Assalamualaikum semua, Ada yang rindu Ainul Mardhiah tak” Ibu"

  1. Semoga baby ainul cpt sihat mcm baby2 yg lain..love you baby..muahh

Leave a comment

Your email address will not be published.


*