“Rasa Nak Tangguh Je Makan Malam Anniversary Kami, Tapi…”- Raf Yaakob Buka Mulut Pasal Mawar

Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yakob mendedahkan bahawa dia terpaksa meraikan majlis ulang tahun perkahwinan kedua mereka dalam keadaan kesihatan Mawar yang tidak berapa mengizinkan.

Menurut Raf, pada asalnya, dia mahu menangguhkan majlis tersebut kerana bimbang keadaan isterinya, namun, Mawar memintanya untuk meneruskan sahaja apa yang sudah dirancang.

“Raf rasa nak tangguhkan sahaja makan malam sempena ulang tahun perkahwinan kami, tetapi Mawar kata teruskan sahaja.

“Jadi, ni lah gamba dah habis makan malam diambil dalam lif ketika perjalanan nak ke kereta. Mawar dah tak bermaya habis. Badan panas dan hidung berair tak henti kerana sinus. Jalan pun sambil tutup mata sebab kepala pening rasa nak pitam. Sian anje,” tulisnya di Instagram semalam.

Raf turut berkongsi video sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut pada 9 November.

View this post on Instagram

9/11/19. Nah teaser video #MawaRaf 2 years Anniversary. Mawar tak bagi upload full cos dia nak upload 😂 • P/S: Ni lah hasil kerja @arfanrashid. Amik pakai iPhone 11 Pro Max and edit pakai phone je. So talented Arfan! Nak book Arfan must go through me ok 😛

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Kongsi Raf lagi, walaupun keadaan kesihatannya tidak berapa baik, Mawar tetap komited melunaskan kerjanya yang kini terikat dengan penggambaran drama bagi saluran Astro Ria.

“Hari ni genap tiga minggu dah Mawar shoot drama TQ Captain! Keluar pagi, kadang jam 7 pagi kadang 8 pagi. Habis pulak kadang 11 malam kadang 2 ke 3 pagi.

“Demam-demam pun kat set Mawar masih bertenaga dan penuh dengan positiviti. Itulah wanita dalam hidup saya. Seorang yang kuat. 

“Minggu depan nak ada babak di atas laut pula. Harapnya awak sempat sembuh. Tapi, tak perlu bimbang, saya akan berada di sana, setia menemani anje seperti biasa. Sambil abang teman, sambil abang pun ‘kerja’ sekali,” ceritanya.

Hasil perkahwinan pada November 2017 pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia lapan bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Rasa Nak Tangguh Je Makan Malam Anniversary Kami, Tapi…”- Raf Yaakob Buka Mulut Pasal Mawar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*