Nampaknya masih belum reda lagi kontr0versi terpalit Intan Najuwa dan Zul Ariffin apabila foto mesra mereka tersebar di media sosial. Malah, tunang Intan iaitu Razrul Anwar Rulis enggan mengulas mengenai foto mesra berkenaan.
Lebih panas, apabila hasil pemerhatian mendapati Intan telah pun memadam beberapa keping fotonya bersama tunang di Instagram. Hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan dimana Intan memberitahu dia menyayangi tunangnya.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Intan dan tunangnya tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Setakat ini, Intan masih lagi mengunci mulut dan tiada kenyataan lanjut daripada pihaknya berhubung foto berkenaan. Apa pun diharap hubungan mereka baik-baik sahaja, biasalah banyak dugaan semasa bertunang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: Rotikaya
Be the first to comment on "Intan Najuwa Padam Gambar, Unfollow Tunang Di Instagram?"