Kucing Dijangkiti C0VID-19

Seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti vlrus C0VID-19. 

Pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa kucing tersebut dijangkiti menerusi pemiliknya.
 
Ketua Penyakit Vrus di Institut Kesihatan, Steven van Gucht berkata, jangkitan vlrus itu dikenal pasti pada haiwan.
 
“Kucing itu tinggal bersama pemiliknya, seorang wanita yang mula menunjukkan simptom kira-kira seminggu sebelum kucing tersebut mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah,” ujarnya.

Difahamkan, ia adalah kes pertama melibatkan jangkitan pada kucing walaupun pegawai kesihatan di Hong Kong mengesahkan dua anjing di bandar raya tersebut telah dijangkiti C0vid-19.
 
“Ia ialah kes terpencil. Risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tiada bukti menunjukkan vlrus tersebut boleh disebarkan daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain. ” katanya.
 
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wanita terbabit yang tinggal di bandar Liege yang majoriti penduduknya berbahasa Perancis.
 
Sumber: Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Kucing Dijangkiti C0VID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*