Lepas Muatnaik Gambar, Ramai Yang Nak ‘Try’ Puteri Sulung Ebit Lew

PETALING JAYA – Netizen hari ini mengambil kesempatan bergurau dengan Ebit Lew gara-gara tindakan penceramah popular tersebut memuat naik gambar anak perempuannya, Safiyyah di laman Facebook.

Ebit dalam satu hantaran hari ini berkata, gambar dimuatnaiknya itu merupakan selfie yang diambil bersama-sama Safiyyah setelah diminta berbuat demikian oleh anaknya tersebut.

“Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni Safiyyah Lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah.

“Doakan ye anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah,” katanya hari ini.

 

 

Komen Netizen

Syazwan Sharudin : “Malam tadi mimpi ayah mentua muka sama mcm ustaz…hmm,”

Khairul Azim : “Masyallah. Ayah rehatlah dulu, nanti saya pikul tanggungjawab ayah pulak.”

Muhd Kamal : “Ayah Ebit rehatlah. Dah tiba giliran saya dengan Safiyyah pula untuk teruskan misi dan perjuangan ayah Ebit. Insya-Allah,”

 

Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew. F.igura ini dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Umum mengetahui, pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew sering membuat kejutan demi kejutan dalam memb.antu orang-orang yang kes.usahan. Di mana sahaja ada m.usibah, pasti di situ j.asadnya berada.

Dari keluarga m.iskin, m.angsa banjir, petugas barisan hadapan, golongan istimewa, penghantar makanan sampailah ke balai polis, semua beliau pergi.

P.antang ada orang s.usah, InsyaAllah takkan lari daripada senarai menunggunya. Hari ini tular, esok lusa bantuan sampai. Tidak kira di mana, c.eruk kampung, rumah flat tengah bandar, dalam h.ospital sampailah kampung air di Sabah, pasti kakinya akan jejak tempat tersebut.

Kecekapan pasukan NGO nya, Persatuan Kasih Umat Malaysia tak perlu diceritakan lagi. Malah siap berpeluang bekerjasama dengan agensi-agensi bera.utoriti untuk menjalankan misi.

Walaupun aktif menjalankan seminar Keluarga Sunnah, ceramah agama, buka butik Elews Design, buka restoran Paramount Coffee House, buka kedai runcit Elews Mart, beliau tak pernah menunjuk nunjuk.

Apa yang dikongsi, hanyalah semata-mata perkongsian sebagai inspirasi dari hati. Malah apa yang disulamkan dalam setiap bait kata-kata hanyalah tentang p.edoman dan n.asihat.

Kalau perhati cara beliau bercakap, gaya bahasa tubuhnya, nada suaranya, semuanya diekspresikan dengan penuh rendah hati.

Walaupun s.ibuk menghantar b.antuan di sana-sini, Ustaz Ebit tak pernah lupa isteri di rumah.
Bertahun-tahun menyulam cinta, masih lagi kekal memanggil isteri sebagai bidadari. Anak-anak pula dididik dengan acuan agama.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Lepas Muatnaik Gambar, Ramai Yang Nak ‘Try’ Puteri Sulung Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*