Peguam Asiah Cadangkan Neelofa & Suami Perlu Dipenjar4

Sejak semalam hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dan PU Riz yang didakwa merentas negeri berkunjung ke Nilai 3, Negeri Sembilan.

Kecoh mengenai isu tersebut, perkara itu turut mendapat perhatian aktivis dan peguam Asiah Abd. Jalil menggesa tindakan undang-undang lebih tegas diambil ke atas Neelofa dan suaminya.

Menerusi satu perkongsain di Facebook, Asiah berpendapat pasangan selebriti itu sudah tidak sesuai lagi dikenakan tindakan kompavn memandangkan masih tidak lagi serik dengan isu yang sama.

 

“Kesalahan berikutnya mungkin dan tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (Haris) dia perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

“Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?” katanya.

 

Sementara itu dalam satu posting lain, Asiah turut memberi bayangan ‘plot’ yang bakal dilakukan usahawan itu berhubung isu rentas negeri yang dilakukannya.

Meskipun dikecam teruk, Neelofa dilihat kembali memuat naik ‘posting’ hadis serta mempromosikan produk miliknya di Insta Story.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3. Malah, beberapa netizen turut mendakwa melihat pasangan terbabit di pusat perniagaan berkenaan.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Peguam Asiah Cadangkan Neelofa & Suami Perlu Dipenjar4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*