Tiga hari sukar bernafas… Sweet Qismina pos1tif Cov1d-19

PELAKON Sweet Qismina mengesahkan dirinya pos1tif Cov1d-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa.

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan Sweet kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ub4t selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.

SWEET QISMINA

PELAKON

“Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan po1tif.

“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

Perkongsian Sweet di laman Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.

“Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Cov1d-19 ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tiga hari sukar bernafas… Sweet Qismina pos1tif Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*