Malaysia bakal terima vaksin seleps kes mencanak jadi 4 angka

 

MALAYSIA: Jumlah kes c0v-19 di Malaysia melonjak tinggi pada hari ini dengan 4 angka dicatatkan menerusi daripada sidang media yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jumlah kes pada hari ini dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi ialah sebanyak 1228 kes dengan 1217 kes merupakan penularan tempatan dan 11 kes import.

Manakala jumlah sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 671 orang dengan jumlah keseluruhan 16555 secara kumulatif.

Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin Cooviid-19 pada suku pertama tahun depan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

“Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan pembangun vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga,” menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Cooviid-19 (JKJAV) semalam.

MOSTI dan KKM berkata kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan COVAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Cooviid-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Cooviid-19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Cooviid-19 Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Vaksin Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi.

“Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Cooviid-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak,” katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Cooviid-19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin Cooviid-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 27 Okt sehingga 9 Nov ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk.

“Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan di kalangan penduduk Sabah,” katanya dalam sidang media khas perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan PKPB selama 14 hari bermula 13 Okt sehingga 26 Okt sahaja.

Sementara itu, PKP Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Tropicana, Petaling Jaya pula akan ditamatkan pada 25 Okt ini seperti yang dijadualkan.

Bagaimanapun, asrama tersebut masih lagi tertakluk di bawah peraturan PKPB seluruh Selangor.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: https://mediabawang.net/

Be the first to comment on "Malaysia bakal terima vaksin seleps kes mencanak jadi 4 angka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*