Azwan Omar Nak Tubuhkan Kelab Abang Viva Untuk Perkasa Bantuan

Sosok pemuda yang kini menjadi sanjungan seluruh negara kerana keperibadian mulianya membantu orang, Azwan Omar, meluahkan hasrat untuk menubuhkan kelab sukarelawan.

Azwan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ mengatakan hasrat tersebut mahu dilaksanakan dalam misi memperkasa bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Saya ada hasrat untuk buat komuniti atau grup sukarelawan melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram.

Jadi mudah untuk sukarelawan perseorangan atau agensi bukan kerajaan misalnya kita kongsi informasi dan bantu orang,” katanya kepada Gempak.

Ditanya apakah nama yang akan dipilih untuk kelab sukarelawan tersebut, sambil ketawa anak kelahiran Melaka ini mengatakan akan menggunakan jenama Abang Viva.

“Abang Viva. Saya dikenali dengan nama Abang Viva. Jadi mungkin kelab itu dinamakan Abang Viva,” katanya sambil tersenyum.

Azwan, 29, bagaimanapun mengatakan tidak boleh berjanji atau menetapkan satu garis masa bila kelab tersebut akan terlaksana.

Ia mengaku menubuhkan kelab sedemikian adalah satu impiannya pada masa akan datang.

“Saya tak tahu bila boleh jadi (kelab). Tapi itu impian saya. Boleh saling kongsi maklumat dan ramai lagi sukarelawan boleh tolong bila ada musibah,” katanya.

Impian tersebut diluahkan Azwan dalam pertemuan eksklusif #Gempak The Untold Story bersamanya pada Sabtu lalu di Temerloh, Pahang.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Azwan Omar Nak Tubuhkan Kelab Abang Viva Untuk Perkasa Bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*