Tind4kan Ber4ni Isteri Azhar Sulaiman Bantu M4ngsa Kereta Terb4bas Dipuji Netizen

Melihat kemalangan berlaku didepan mata mungkin sesuatu yang menakutkan apatah lagi jika kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu tiba-tiba berasap dan ada mangsa cuba keluar dari kenderaan itu.

Baru-baru ini, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman, Leona ada berkongsi satu video di Twitter mengenai satu kemalangan yang berlaku didepan matanya

Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan sebuah kereta di hadapan kenderaan yang dinaikki Leona dan ibunya terbabas di satu selekoh dan dapat dilihat seorang wanita cuba keluar dari tingkap kereta yang terbabas itu.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan berani isteri Azhar Sulaiman, Chempaka Emalin Pahamin yang tanpa teragak-agak terus keluar dari kenderaan yang dinaikki bagi memberi bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut.

Walaupun kereta yang terbabas itu dilihat mengeluarkan asap dan mungkin juga merbahaya untuk didekati, namun Chempaka dengan tenang berjalan ke arah kenderaan itu.

Tindakan berani Chempaka mendapat pujian netizen.

Menurut Leona, video itu tiada sambungan kerana makciknya yang merakam kejadian ketika itu terus menghentikan rakaman kerana ingin membantu ibunya dan mereka telah berjaya menolong mangsa kemalangan tersebut keluar dari kereta itu.

Untuk info, isteri Azhar Sulaiman yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 merupakan “orang kuat” dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga atas sifat keperihatinan yang tinggi yang ada di dalam diri mereka, semoga menjadi contoh buat kita semua.

Apa pun, andai kata korang dalam situasi ini, adakah korang akan melakukan perkara yang sama atau terus “kaku” dan tidak tahu apa yang perlu dibuat?

 

Sumber:cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :https://www.dnq.pw/

Be the first to comment on "Tind4kan Ber4ni Isteri Azhar Sulaiman Bantu M4ngsa Kereta Terb4bas Dipuji Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*