“Buat video goyang, nak bagi dada gegar2?”- Elly Mazlein Bidas Kalau Nak Jual Produk, Buat Marketing Elok Sikit!

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein meminta mana-mana peniaga tidak melakukan strategi pemasaran yang ‘bukan-bukan’ bagi tujuan riviu.

Menurut Elly, dia tertanya-tanya di mana maruah seseorang wanita apabila didakwa melakukan aksi video melampau bagi tujuan berkenaan.

Malah Elly turut menolak andai diberikan video seumpamanya untuk tujuan promosi.

“Ni nak cakap sikit, sak1t betul hati aku. Sesiapa yang nak jual product, jual betul-betul la.

“Marketing elok-elok la sikit. Ni bagi video goyang? Buah dada la… wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar?

“Jangan bagi aku iklan bingai macam ni ya. Shameon you. Booooo,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan Elly menerusi Insta Stories pada Jumaat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment on "“Buat video goyang, nak bagi dada gegar2?”- Elly Mazlein Bidas Kalau Nak Jual Produk, Buat Marketing Elok Sikit!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*