Anak Allahy4rham Mr Os ikut jejak jadi pelawak, sertai Mencari Sepahtu Yang Hilang – “Bimbang ditvduh tumpang populariti arwh ayah”

DUA anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul membuat kejutan bakal menyertai program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.

Anak keempat arwh iaitu Hafizul atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, berkata, dia dan abangnya bimbang orang meletakkan jangkaan yang tinggi selepas mengetahui mereka anak pelawak legenda Malaysia.

“Ya… kami berdua memang anak Mr. Os. Tapi ikutkan tak nak beritahu orang mengenai diri kami. Tak nak dikenali sebagai anak Mr. Os. Bimbang orang meletakkan expectation yang tinggi terhadap kami.

Bila orang dah tahu kami anak kepada seorang pelawak legenda nanti buat silap pun akan dikrit1k

HAFIZUL

ANAK ARWH MR. OS

“Bukan itu sahaja, bila orang dah tahu kami anak kepada seorang pelawak legenda nanti buat silap pun akan dikritik dan kalau buat yang terbaik pun, orang akan mengata.

“Benda yang paling kami takut, bila orang tudvh kami nak tumpang populariti arwh ayah. Kami hanya membawa nama dan meneruskan legasi sahaja tapi yang pasti kami akan persembahkan sesuatu yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Allahyarham men1ngg4l dun1a pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat k4nser paru-paru.

Hazwan dan Hafizul merupakan cahaya mata daripada perkahwinan pertama arwh.

Arwh turut mempunyai lima orang anak daripada perkahwinan pertama.

Hazwan dan Hafizul cuba nasib menerusi kumpulan Arteh.

Hazwan dan Hafizul bergabung menerusi kumpulan Arteh itu ditemui ketika sidang media pelancaran program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang di The Summit 1, VE Hotel, The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selepas lebih sedekad, kini tiba masanya untuk Sepahtu mencari muka baharu untuk dijadikan edisi terkini kumpulan mereka menerusi program.

Program baharu yang dikendali oleh pelakon Ramona Zamzam dan Jiggy Masin selalu pengacara belakang pentas itu akan bersiaran selama lapan minggu dan bakal menemui peminat mulai 2 Disember depan, 9 malam,di Astro Warna.

Selain Arteh, 11 lagi kumpulan peserta iaitu Yusra (solo), Muslim (solo), Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).

Dalam pada itu, abang kepada Hafizul iaitu Mohamad Hazwan, 30, menegaskan mereka berjaya memasuki program tersebut bukan disebabkan nama Allahy4rham.

Biarpun ahli kumpulan Sepahtu iaitu Pak Ya mengenali dia dan Hafizul sebagai anak Mr. Os namun pemilihan mereka atas dasar bakat.

“Kami berjaya masuk program ini bukan disebabkan nama arwh ayah. Masa hantar video uji bakat pertama, tak ada sebut pun nama arwh. Bila dah berjaya peringkat seterusnya, kami ditemu bual secara maya dengan ahli Sepahtu.

“Dan ketika itu la baru Pak Ya perasan yang kami ini anak kepada Mr. Os. Sebab masa arwh masih hidup, kami yang menguruskan kerjayanya dan pernah la jumpa dengan Pak Ya.

“Tapi bukan sebab Pak Ya kenal, dia pilih kami… memang dia kata pemilihan itu disebabkan nampak bakat kami berdua,” kata Hazwan.

 

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:http://trendinggiler.pw/

Be the first to comment on "Anak Allahy4rham Mr Os ikut jejak jadi pelawak, sertai Mencari Sepahtu Yang Hilang – “Bimbang ditvduh tumpang populariti arwh ayah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*