VIDEO: Que Haid̷ar tergamam, dapat berita pemergian Mamat Khalid ketika live di TikTok

Pemergian pengarah terkenal, Mamat Khalid pada awal pagi tadi sememangnya satu berita yang sangat mengejutkan ramai. Beliau yang sudah mengarahkan banyak filem-filem box office telah membuka jalan buat ramai artis menapak di dalam industri seni sehingga kini berjaya dalam bidang yang diceburi. Antara pelakon yang pernah membintangi filem Allahyarham adalah aktor hebat, Que Haidar apabila memegang watak sebagai Amy Mat Piah dalam filem Rock sehingga menjulang namanya. Tiba-tiba terima banyak komen Al-Fatihah Berita pemergian Allahyarham Mamat Khalid telah diketahui oleh Que ketika dia sedang membuat live di aplikasi TikTok selepas warganet mengucapkan salam takziah dan Al-Fatihah di ruangan komen sehingga pelakon itu bingung. Video yang telah dirakam dan dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok bernama @arifeddy jelas memperlihatkan reaksi Que yang terkejut dengan khabar yang baru sahaja diterima. Terus matikan live dan cari kepastian Aktor tersebut dengan serta merta meminta untuk mengundur diri dan menghentikan live TikTok itu bagi mendapatkan kepastian berkenaan kesahihan berita yang baru sahaja didengari olehnya. Tak lama selepas itu, Que Haidar telah memuat naik gambar bersama pengarah tersoroh berkenaan dengan kapysen ringkas memaklumkan berasa terkejut dengan apa yang baru sahaja diterima.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars)

Terkejut dan sangat sedih Que Haidar telah menzahirkan rasa dukacita dan berkongsi cerita bahawa Allahyarham adalah insan terawal yang mengesan bakat seninya dengan menawarkan berlakon dalam filem arahan Rock, Rock oo dan Zombi Kampung Pisang. Allahyarham Mamat Khalid atau Mohamad Mohamad Khalid telah rebah pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim sebelum meninggal dunia di dalam ambulans ketika dibawa ke Hospital Slim River. Beliau telah meninggalkan seorang balu dengan 5 orang anak pada usia 58 tahun VIDEO:

@arifeddy

Que haidar dapat tahu ketika sedang live #Alfatihah #MamatKhalid

♬ original sound – Arif Eddy

@quehaidar

Antara director terawal mengesan bakat saya. Bermula dgn 1 commercial Putrajaya, seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris, Al fatihah 💔

♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid

Sumber: TikTok @arifeddy , @quehaidar, Instagram thehaidar via ohmymedia.cc Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya. Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "VIDEO: Que Haid̷ar tergamam, dapat berita pemergian Mamat Khalid ketika live di TikTok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*