“T̷akut plajar p̷anas..” Tidak bleh Gun̷a l̷angsir, Skali Guru Kluar Duit Sndiri Beli, Pas̷ang Kert̷as Tinted. Dipuji Dr Maszlee

kerajaan mengenai pembukaan semula sekolah pastinya disambut dengan gembira oleh guru-guru yang sekian lama ternanti-nanti detik untuk kembali mengajar seperti biasa.

Maka bermulalah kesibukan para pendidik melakukan pelbagai persediaan untuk memastikan persekitaran kelas dan sekolah selamat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sebelum menyambut kehadiran pelajar.

Untuk makluman, antara SOP yang perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dan guru adalah setiap kelas tidak dibenarkan menggunakan lang.sir bertujuan untuk memastikannya tidak menghalang pengudaraan.

Justeru, seorang guru mengambil inisiatif sendiri dengan membeli kertas ‘tinted’ untuk ditampal pada cermin tingkap kelasnya, sebagaimana satu video yang dikongsikan di aplikasi TikTok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa yang menarik perhatian netizen, guru berkenaan tidak berkira apabila menggunakan peruntukan sendiri demi pelajarnya, sekali gus mendapat pujian ramai termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik!

Bercerita kepada mStar, Muhamad Hafizi Mohd Hamizi berkata tujuannya memuat naik video di media sosial hanyalah sekadar perkongsian mengenai aktiviti atau tugasan seorang guru selain terlibat dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Saya memang suka share dan memang gembira apabila dapat share apa yang berlaku di sekolah. Banyak perkara yang guru lakukan selain terlibat dengan PdPR.

Muhamad Hafizi sering berkongsi aktiviti dan tugasnya sebagai seorang guru di media sosial.

“Ada yang tanya, guna duit sendiri ke? Sebenarnya memang kebanyakan guru tak berkira untuk guna duit sendiri. Kos untuk beli kertas ‘tinted’ ni tak mahal pun dan saya share di mana boleh dapatkannya,” ujar guru berusia 26 tahun ini.

Bercerita mengenai idea untuk menggunakan kertas ‘tinted’ pada cermin tingkap, Muhamad Hafizi berkata dia sekadar mencuba konsep ‘try and error’.

Muhamad Hafizi mengajar subjek Pendidikan Seni di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil.

“Bila ditetapkan SOP tak boleh pasang langsir, saya terfikir macam mana nak gantikannya pada tingkap sebab kesian pelajar yang kepanasan.

“Kalau nak tahu, mula-mula saya beli kertas wallpaper. Bila pasang pada cermin tingkap nako, rasa macam buruk dan saya dah beli 10 gulung juga… tapi tak apa, boleh guna untuk projek lain.

Ada yang tanya, guna duit sendiri ke? Sebenarnya memang kebanyakan guru tak berkira untuk guna duit sendiri.

MUHAMAD HAFIZI MOHD HAMIZI

“Akhirnya saya dapat idea nak pasang tinted. Bila test, nampak okay. Guru Besar yang tengok pun kata cantik dan ia idea yang bagus. Tapi paling tak sangka apabila Dr Maszlee komen.

“Jujurnya saya gembira, mana tidaknya beliau bekas menteri pendidikan kita. Setidak-tidaknya nampak effort pada guru,” ujarnya yang merupakan guru Pendidikan Seni di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini.

cikgu baru 2

Sama seperti guru lain. Muhamad Hafizi tidak kisah menggunakan bajet sendiri demi kepentingan pelajar. (Foto sebelum Covid-19)

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Muhamad Hafizi yang berasal dari Pendang, Kedah dalam nada rendah diri berkata bukan hanya dirinya seorang yang patut mendapat pujian kerana ia juga hasil idea dan kerjasama guru lain dan pihak sekolah.

Dr Maszlee pun puji!

“Disebabkan saya suka rekod dan kongsi di media sosial, ia mendapat perhatian. Tapi semua guru pasti akan melakukan yang terbaik untuk pelajar,” ujarnya lagi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“T̷akut plajar p̷anas..” Tidak bleh Gun̷a l̷angsir, Skali Guru Kluar Duit Sndiri Beli, Pas̷ang Kert̷as Tinted. Dipuji Dr Maszlee"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*