[VIDE̷O] Wanit̷a Ini Hantar Bap̷a Ke Rumah Isteri Mud̷a T̷arik Perhati̷an W̷arganet

Umum kita tahu, wanita paling ‘pantang’ jika disebut bab berpoligami, boleh terbang semua pinggan mangkuk dekat dapur dek kerana mengamuk bila tahu suami nak kahwin lain.

Bagi wanita, poligami ni tak boleh dibawa bergurau, boleh merajuk seminggu kalau suami menyakat bab poligami.

Biarpun begitu, masih ada segelintir yang tidak kisah dan dapat menerima ‘orang’ baru. Siap jadi kawan baik dengan madu sendiri.

Sama juga dengan kisah perk0ngsian portal Yoy Network yang tuIar baru-baru ini di TikTok, peluang merentas negeri yang diumumkan perdana menteri jelas dimanfaatkan untuk pulang ke rumah isteri muda.

Menerusi rakaman yang dik0ngsikan oleh @ina.azalea di aplikasi TikTok, memaparkan detik-detik sewaktu ayahnya di hantar ke sana.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah isteri pertama yang juga merupakan ibu kepada ina sempat mengirimkan wang saku dan pelbagai bekalan makanan.

Pada hujung video tersebut kelihatan isteri muda berbalas-balas pemberian, isteri muda juga mengirim buah labu kepada isteri tua, baik sungguh hubungan mereka berdua ni.

Difahamkan, pada awalnya warga emas tersebut kelihatan sedih seolah-olah anaknya mahu menghantarnya ke rumah orang tua.

“Dah dah berdrama abah oii…kami tahu dah ni drama abah je.. bukannya kami nak hantar rumah orang tua”

Walau bagaimanapun, ‘drama’ sedih itu terhenti dan kembali tersenyum apabila dia melihat isteri mudanya.

Ketika ini, video tersebut meraih lebih 950k tontonan, 25.3k tanda suka dan 912 komen.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet ‘salute’ dengan hubungan baik isteri tua dengan isteri muda. Ada juga yang menyifatkan anaknya sangat nakal dengan menyakat ayahnya.

“Masa muda berebut, masa tua masing-masing beralah”

“Alhamdulillah moga satu keluarga bahagia hingga jannah.. kuat nyakat”

“Auto berseri muka nampak bini muda.. segor terus nampak.. lawak la anak pun bukan main sakat abah..”

VIDEO: 

SUmber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok

Kredit: Mytv Viral

Be the first to comment on "[VIDE̷O] Wanit̷a Ini Hantar Bap̷a Ke Rumah Isteri Mud̷a T̷arik Perhati̷an W̷arganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*