M̷aut motosikal terb̷ab̷as di pagi Jumaat, rider tinggalk̷an isteri dan 2 an̷ak

TANAH MERAH – Seorang peniaga maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas masuk ke dalam longkang di Kampung Peralla 2, Gual Ipoh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Saifuddin Mat, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR 1000RR dari arah Kota Bharu menghala ke Gual Ipoh di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan, motosikal mangsa terbabas sebelum tercampak masuk ke dalam longkang yang berada di bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-

sumbER:cempedakcheese

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "M̷aut motosikal terb̷ab̷as di pagi Jumaat, rider tinggalk̷an isteri dan 2 an̷ak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*