[VIDEO] Isteri Kegugur̷an, Su̷ami Tarik Muka Seakan Kecewa Tak Dapat Timang Anak

Sudah cuba bermacam ikhtiar tapi tetap ‘tak jalan’, itulah antara salah 1 dilema yang dilalui oleh pasangan TTC. Belum cerita lagi dengan dugaan terpaksa menahan telinga mendengar sindiran orang sekeliling. Pastinya pihak paling tersepit adalah isteri kerana diselubungi rasa bersalah belum mampu memberi anak. Suami tarik muka isteri disahkan keguguran, elak jalan bersama…maaf sudah mengecewakanmu Reaksi seorang suami ini menjadi bualan hangat netizen apabila tarik muka dan mengelak berjalan dengan isterinya sejurus dapat tahu janin dalam kandungan keguguran. Berdasarkan perkongsian di TikTok, pengguna akaun @iyengpakaya ini malah memohon maaf kerana telah mengecewakan hasrat pasangannya untuk menimang anak. Bukan sahaja berdiam diri sepanjang perjalanan balik dari klinik, bahkan lelaki itu turut memuat naik beberapa status pilu di WhatsApp.

@iyengpakaya

Suamiku Pantas Marah😭.. Maafkan Sdh mengecewakanmu. .🙏🙏 #cadebay #fyp

♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Suami sebenarnya sangat baik…sebelum keguguran dia paling tegas jaga Gara-gara menerima banyak kecaman daripada netizen, wanita itu tampil mendedahkan sikap teman hidupnya yang sebenar. Lelaki tersebut disifatkan sebagai suami penyayang kerana sanggup buat semua urusan di rumah selain melarang isterinya daripada melakukan rutin harian sebelum hamil. Namun begitu, @iyengpakaya akui silapnya keras kepala tidak mengendahkan ‘larangan’ tersebut. Justeru, dia percaya fasa ini merupakan sebahagian daripada ‘teguran Tuhan’ terhadapnya rentetan tidak mendengar nasihat suami.

@iyengpakaya

Aku yakin ini cara tuhan menegurku😌.. terimakasih untukmu Suami yg selalu sabar dgn sikapku🙏

♬ Pesan Terakhir – Lyodra

Masih terima job makeup, sehari 4 klien…pergi kerja pun naik motor sendirian Menjengah ke ruangan komen, wanita itu turut mendedahkan penyesalannya yang berdegil menerima job makeup serta menunggang sendiri motosikal untuk pergi ke rumah klien. Susulan itu, netizen menasihatinya agar taat nasihat baik suami sambil doakan mereka berdua dikurniakan rezeki cahaya mata pada masa akan datang.   

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: TikTok iyengpakaya viralnewsupdates Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya. Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "[VIDEO] Isteri Kegugur̷an, Su̷ami Tarik Muka Seakan Kecewa Tak Dapat Timang Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*