Inilah Penemuan Rangk̷a M̷anusia Pertama Yang Tingg̷al Di Paya Bakau, Pulau Kalumpan

Inilah Penemuan Rangka Manusia Pertama Yang Tinggal Di Paya Bakau, Pulau Kalumpang

Negeri Perak dipercayai merupakan negeri terawal yang mempunyai penempatan manusia dizaman pra sejarah. Ini dibuktikan dengan eskavasi yang dilakukan di Lenggong sehingga terjumpanya rangka Perak Man.

Kali ini, kita akan menyentuh mengenai sebuah tapak arkeologi yang penting dalam kajian sejarah didunia jumpaan rangka manusia terawal yang menetap dikawasan paya bakau iaitu di Pulau Kalumpang.

Buat pengetahun para pembaca yang dikasihi, Pulau Kalumpang terletak di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Terletak di tengah Selat Melaka, ianya memerlukan hampir 45 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Kuala Gula untuk sampai kesini.

Pulau Kalumpang mula dikenali sejak 1988 sebagai tapak arkeologi bagi membuktikan bahawa manusia telah wujud ribuan tahun dahulu di kawasan hutan paya bakau.

Hutan bakau merupakan kawasan pertemuan air laut Selat Melaka yang masin dengan air Sungai Selinsing yang tawar. Manusia pra sejarah yang dikeluarkan ini merupakan rangka pra sejarah pertama di dunia yang tinggal di kawasan hutan bakau.

Penemuan Rangka Manusia Pertama Yang Tinggal Di Paya Bakau Di Pulau Kalumpang

Menurut sumber dalam laman web Jabatan Warisan Negara, tapak arkeologi ini terletak di kawasan paya bakau di Pulau Kalumpang. Seorang pengkaji Inggeris yang bernama I.H.N.

Evans telah menjalankan penyelidikan awal dikawasan ini dalam tahun 1920an dan 1930an. Para pengkaji mempercayai tapak ini merupakann tinggalan masyarakat daripada zaman protosejarah.

Penyelidik lain seperti Quaritch-Wales (1936), Sieveking (1955), Dr. Gibson Hill (1956) dan Peacock, Lord Medway, Alastair Lamb serta isterinya Venice Lamb dalam tahun 1963. Pada tahun 1987,

penyelidikan dan ekskavasi arkeologi telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dengan kerjasama jabatan lain di peringkat negeri serta Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artifak yang pernah dilaporkan oleh Evans melalui ekskavasi yang dijalankan ialah perahu tebuk, tul4ng manusia, pecahan tembikar, manik dari batu akid, kaca dan carnelian. Artifak berunsurkan kepercayaan Hindu juga dijumpai antaranya ialah cincin emas berukiran Dewa Visnu di atas garuda dan gambar cop mohor dalam tulisan Pallava, Sanskrit.

Jumpaan ini merupakan bukti akan kewujudan petempatan maritim masyarakat zaman proto-sejarah di kepulauan ini dan ianya terletak di perairan lalulan perdagangan antarabangsa suatu ketika dahulu dan pelabuhan di mana pedagang mendapatkan air bersih dan makanan.

Jumpaan beribu-ribu manik kaca Indo-Pasifik dan bahan mentahnya menunjukkan bahawa tapak ini merupakan salah satu tapak yang menghasilkan manik kaca Indo-Pasifik manakala jumpaan beibu-ribu serpihan tembikar tanah juga menunjukkan masyarakat tempatan menghasilkan tembikar tanah untuk diperdagangkan ke kawasan pedalaman.

Berdasarkan kepada pentarikhan mutlak, tapak ini sudah pun diduduki oleh masyarakat pesisir pantai sejak 200 SM. Masyarakat Pulau Kelumpang juga merupakan pelayar dan pedagang yang hebat berdasarkan jumpaan ekofak berupa tulang ikan hasil tangkapan laut dalam.

Penemuan Rangka Manusia Pertama Yang Tinggal Di Paya Bakau Di Pulau Kalumpang

Sisa makanan yang ditemui ialah kulit-kulit kerang sehingga dikenali sebagai Pulau kota Kerang.Terdapat lebih 50 jenis kerang telah ditemui di situ.

Turut ditemui ialah tulang ikan, monyet, burung, kepala b4bi dan beruk. Mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan untuk menentukan kaitan mereka dengan orang Melayu di Kuala Sepetang, Kuala Gula dan Kuala Kurau. Anehnya kumpulan manusia pra sejarah ini hilang lenyap begitu sahaja.

Punca kepupusan dan kehilangan mereka amat menarik untuk dikaji. Bagi memastikan tapak arkeologi Pulau Kalumpang terus terpelihara, ia telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara

Sumber:orangperak majalah-harian

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Inilah Penemuan Rangk̷a M̷anusia Pertama Yang Tingg̷al Di Paya Bakau, Pulau Kalumpan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*