BAPA MENINGG̷AI DI INDONESIA & HANYA LIHAT DETLK AKHIR MENERUSI VIDEO CALL, T4NGISAN ISTERI HAZIQ HUSSNI RUNTUN JIWA RAMAI

Isteri kepada penyampai radio, Haziq Hussni, Ayunda Putri berkongsi khabar duk4 apa memaklumkan bapanya yang menetap di Indonesia telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat.

Berita sed!h tersebut dikongsikan sendiri oleh Ayunda menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by AYUNDA PUTRI (@ayundaputrii)

Tambah memilukan apabila Ayunda hanya dikhabarkan hanya dapat melihat detik-detik akhir sebelum bapanya dikafankan menerusi panggilan video.

Menerusi entri berkenaan, Ayunda yang dilihat tidak dapat menah4n seb4k ditenangkan oleh Haziq yang berada di sampingnya.

Bagaimanapun, Ayunda mendedahkan dia reda dengan pemergian tersebut lebih-lebih lagi ketika di hari dan bulan yang baik ini.

“Jumat, 23-April-2021, 11 Ramadhan 1442H. Pergimu dibulan yang baik, hari yang baik, pergi dengan keadaan yang sihat tak sak!t apa-apa.

“Pergi dengan keadaan senyum diwajah. Allah, berat sangat ujian ni. Papa, ayu ikhlas pa, ayu redho. Husnul Khatimah pa.

“Semoga Allah jauhkan Papa (Yudhi Yulfan Bin Abdurrahman Thaher) dari siksa kubur, api neraka, dilapangkan kuburnya, dimasukkan ke Syurga Allah tanpa hisab. Al-Fatihah,” tulisnya.

Di kesempatan itu juga, ibu kepada dua orang anak ini turut menitipkan doa semoga bapanya itu dijauhkan daripada siks4an kubur.

Video berdurasi hampir dua minit itu telah ditonton hampir 200,000 orang selain turut dihujani ribuan komen.

Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga bapanya itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Instagram Ayunda Putri / MediaHiburan

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "BAPA MENINGG̷AI DI INDONESIA & HANYA LIHAT DETLK AKHIR MENERUSI VIDEO CALL, T4NGISAN ISTERI HAZIQ HUSSNI RUNTUN JIWA RAMAI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*