AKU FKIR IBU LYN ISTERI AKU BAIK SELAMA NI, SATU HARI AKU BLK SNY̷AP2 TKJUT TGK IBU T0L̷AK PK̷UL ISTERI SMP̷AI GG̷UR

Foto sekadar hiasan. Aku tak tahulah keputusan yang aku buat ini makan diri atau sebaliknya. Syurga buat anak dibawah tapak kaki ibunya, syurga isteri terletak pada suaminya.

Mungkin alasan itulah isteri aku diamkan diri selama ni. Aku baru tahu sebelum puasa tempoh hari. Selama ini, aku sentiasa diamkan diri sebab nak jaga hati semua pihak.

Kadang-kadang aku tegur ibu aku tapi bila aku suarakan, mesti ibu akan cakap, kalau aku tak tahu, jangan pandai-pandai jatuh hukum.

Isteri aku seorang suri rumah, kami masih tiada anak walaupun hampir 6 tahun kahwin. Bagi aku takpe, mungkin tiada rezeki lagi.

Walaupun kami suami isteri tinggal berasingan dari keluarga tapi ibu dan kakak aku selalu berkunjung ke rumah dengan alasan, mereka bosan.

Kakak aku tu masih belum kahwin dan tinggal dengan ibu. Aku ingatkan selama ini, ibu melayan isteri aku dengan baik sebab isteri tidak pernah bercerita apa-apa pun.

Nak dijadikan cerita, sebelum puasa hari tu, ibu ayah dan kakak aku datang ke rumah. Masa ni aku bekerja, yang ada di rumah isteri aku sorang. Kira macam biasa isteri yang layan mereka.

Rupanya diorang datang bukan setakat nak berkunjung tapi mengeji, Dikata isteri aku mandul dan suruh isteri pujuk aku untuk kahwin lain Isteri juga dituduh pemalas sebab tak kerja mengharapkan duit aku je.

Apa yang aku tengok, isteri diam je sambil hidangkan air. Sebab isteri diam, kakak aku siap tolak-tolak isteri.

Aku dapat lihat tu semua sebab ayah aku call mintak balik rumah sebab nak aku tengok keadaan sebenar. Rupanya selama ini, ayah aku dah nasihatkan ibu.

Cuma ibu masih berkeras katanya aku layak dapat yang lagi bagus dari isteri. Jatuh air mata lelaki aku masa tengok isteri kena tunjal-tunjal macam tu.

Masa aku masuk rumah, ibu dan kakak aku memang terkejut dan terus cakap isteri aku ni kurang ajar sebab melawan cakap.

Masa nilah, aku tinggi suara dan cakap pada ibu kalau macam ni gaya, baik diaorang jangan datang rumah aku.

Isteri cuba tenangkan aku tapi aku dah hlang sabar hampir-hampir aku menampar kakak aku sebab katanya aku dah kena guna-guna oleh isteri.

Ayah pula menenangkan ibu dan cakap, “Kita tak payah masuk campur urusan diorang, dah banyak kali aku nasihatkan korang berdua”.

Ibu pula sama masih menolak-nolak isteri sampai isteri jatuh. Masa jatuh tu, aku tengok ada drah kat kain isteri. Aku terus angkat isteri dan bawa ke hspital.

Siapa sangka rupanya isteri tengah mengandung baru 2 bulan lebih. Dia sendiri tak tahu dia mengandung tapi rezeki kami tak ada, sebab gugur mungkin dari masa jatuh tu.

Isteri ok je tapi mungkin sedih sebab kami tunggu hampir 6 tahun. Masa aku balik rumah, kakak dan ibu masih ada, yang buat aku terkilan diorang buat macam takde apa-apa berlaku, bertanya keadaan isteri pun tidak.

Allah, sedih aku. Ibu ada cakap kalau aku keluar pergi hspital, aku bukan lagi anak lelaki dia.

Ayah aku siap marah ibu tapi ibu tarik muka. Aku terus keluar rumah. Esoknya aku balik rumah, tengok ibu kakak dan ayah aku takde.

Ayah sempat call pagi tu katanya dia dah nak balik. Petangnya aku cuba call ibu tapi tak jawab. Bulan puasa kami ada balik jenguk mereka sambil nak berbuka sama, tapi mereka anggap kami suami isteri tak wujud.

Hanya ayah yang rajin melayan aku borak dan katanya sabarlah. Ayah dah puas nasihat ibu tapi keadaan masih tak berubah.

Sebab raya tahun ni giliran rumah aku, kami balik juga walaupun ibu masih marah aku. Apa yang isteri aku masak, ibu dan kakak tak sentuh, siap buang makanan katanya entah-entah ada ubat guna-guna dalam ni.

Nasib baiklah adik beradik yang lain pujuk isteri dan mintak bersabar. Hari raya, aku rasa macam nak bawa isteri aku lari jauh-jauh sebab masa kami nak bersalam, ibu terus bangun dan cakap dia tak ada anak lelaki macam aku.

Aku cuba pluk ibu tapi ibu keraskan badan. Katanya kalau aku nak ibu maafkan, ibu mintak aku tinggalkan isteri.

Allah sedih aku dengar, petang tu aku terus ajak isteri balik. Kami balik petang tu sampai hari ini, aku masih tak hubungi ibu.

Isteri aku hanya diam. Cuma dia kata, kita sebagai anak kena mengalah, takut menderhaka. Aku tak tahu nak buat macam mana dah.

Aku sentiasa berdoa agar ibu berubah. Aku tak tahu apa yang dah meracun fikiran ibu sampai buat kami macam ni. Kalaulah ibu masih berkeras minta aku tinggalkan isteri, aku tak mampu. Derhakakah aku ??

KISAH KE 2. Ketika mengandung aku alahan teruk suami bawa tinggal rumah mertua sebab takut apa apa jadi bila dia pergi kerja. Biras aku cemburu tengok layanan suami aku terlalu prihatin sampaikan dia sanggup buat ini kat aku…

Aku ex iium, kawin time belajar last semester. Nama aku Mila. Husband aku pegawai bank kat selangor. husband aku anak no 2 dan anak kesayangan mak mertua aku.

sebelom kami kawen, laki a#ku ada cakap yang mak die x suka orang pan#tai timur. bagi die, org pantai timur ni cakap ntah ap2, x pandai jage diri and selekeh. Nak dijadikan cerita, aku ni org terengganu.

So first things first, die mmg da x suke aku la.sebb orang pantai timor. mase datang merisik pon die terus terang je cakap, susah kalau kawen ngn org pantai timur ni, jaoh dan penat nak drive. tapi di sebabkan anak die da berkenan, die ikotkan jugak walaupon jaoh. Pertama kali aku diamkan jela sebb nak jage hati bakal mertua.

Famili mert#ua aku ni menetap kat arab saudi, madinah. sebb ayah mertua aku kerja kat sane. abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang perak.

mase mula2 kawin dulu, aku balik kadang2 la umah maktua aku sebb aku masih lagi belajar. mase tu mak mentua and 2 org lagi anak die da fly to saudi.

Aku ni pulak, jenis yg buat keje banyak2 terus, contohnya, iron baju banyak2, basoh bju banyak2 n masak banyak2 la. orang pntai timo ni kn mmg pandai masak n sedap plak tu.

Nak dijadikan cerita, sebulan kawin aku da disahkan mengandung. Alhamdullillah,rezeki. aku kene hadap morning sickness yang sangat2 terok sampai aku nk jlan pon x larat.

masa cuti semester tu, husband aku bawa la aku duk umah mertua aku yg mase tu abang ipar n bini die ngah duduk jugak. die x nak la tinggalkn aku kat umah mak aku kat terengganu sorang2 sebb aku alahan terok, sush die nak datang n jage aku time tu.

Rumah kami ngah renovate mase tu nk besarkan dapor. so aku setuju. aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni mcm x suka aku dudk kat sane jugak. aku memang x leh nk masak atau buat ap2 time tu.

bau minyak n bawang goreng pon x buleh. bau ubat gigi pon x boleh.sampai aku gune ubat gigi budak2 yg kodomo lion tu je tuk berus gigi aku. masok mkanan je terus muntahkn balik.

malam tu check in check out hspital je keje aku. So mmg aku x de energy dan mmg tak larat la nak kemas2 umah ke masak ke.

Tapi, aku siap2 da anta dobi baju kerja laki aku ciup gosok da untuk 2 minggu. so keje aku time tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni.

Cakap aku ni duk sini macm raja, and buat die macm hamba. die cakap aku n#i x iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang berkedut seribu pehi kerja.

Demi Allah, aku tak de pon nak suruh die masakkn ke ap ke untuk aku, sebb aku memang x leh makan ap2 pon.

Mak mentua aku ni wasap aku pg2 bute, dalm kol 4 pagi mcm tu, m4ki hamun aku cakap aku manje la, mengade la,die cakp la dulu die pon mengandong jugak boleh je buat keje umah, masak x de pon nak harapkan orang masakkan untuk die.

Aku nangis la bile die cakp mcm2 kat aku dalm wassep tu. mungkin sebb ngah mengandong kot, emosi lebih. laki aku time tu terkejut la sebb aku nangis sedu sedan, aku bg la die bace wassap mak die tu.

Laki aku macam bengang la, sebb m#cm mane die boleh tau sedangkn die x de kat sini pon. esoknya, die la tanye abang die, abang die cakp x tau ap2, so sah2 la bini die punyer keje.

kami try la tanya secara baik, die x mengaku, last2 laki die cek wassap die, mmg die yg jadi batu api cerita macam2 kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da x cakap ap2 pon biras aku.

Mase nak raya, diornag balik malaysia. ayah mertua aku harap sangt la boleh duduk ramai2 berkumpul ramai2. aku ikotkn la jugak walaupon macam malas la. mase tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit.

mase tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam2. aku dengan perot boyot nye, masak la sorang2 kat dapor sambil menangis.

mcam2 aku masak, nak sangt ambik h#ati ayah mertua ak. dah la msak sorang2, bile makanan da hidang, mak mer#tua aku ni x ajak pon aku makan sekali. sedih sangt time tu.

Rasa nak balik je nak mengadu kat mak aku. laki aku ni serba salah, last2 die ajak aku makan dengan die je nanti. da la aku masak, aku hidang, diornag mkn2 pastu tinggal je pinggn mangkok tu atas meja pastu keluar nak g jalan2. Siap pesan lagi kat aku, cuci bersih2 dan keringkan betol2 sebb pinggan tu mahal.

Cube korang pikir hati aku time tu? aku ni menantu ke maid diorang? bukan aku sorang je menantu, die ad lagi 1 menantu dan 1 anak perempuan.

tapi semua tu aku sorang yang buat. berpeloh aku duduk kat dapur, sorang2, bila da masak makan nye ramai.

Mak mentua aku mase aku bersalin x datang tengok x kol pon tanye aku n cucu die ok ke x. alasan die jaoh. tup2 aku dapt tau menantu kesayangn die seliuh kaki, boleh plak drive ke ipoh semata2 nak tengok.

Time tu aku memang da terasa hati sangt2. die balik dari bercuti kat istanbul beli mcm2 kat menantu die sorang lagi. tudung abaya, tshirt set pinggn mangkok la , bahagian aku, die beli tudung 1 helai je, x beli kn aku baju ke ap ke sebb alasan die x tau size.

padahal aku ni size standard je,kalo nak banding ngan menetu die srang lagi yang agak gempal tu. Semua yang aku buar,ad je yang x kene kat mate die.

Hari tu die kol laki aku dari madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mhal tuk aku? membazir je die cakp. baik belikan die. aku diam je x cakp ap2.

Ntahla, now aku da keje, anak aku da 8 bulan da now, dan da duk umah laki aku. aku da jadi x keruan sebb miggu depan diornag da nak balik sebb nak beraya.

tahun ni turn raye umah mak aku kat terengganu. kadang2 aku pikir jugak, hine sangt ke orang pantai timor ni dimata orang Johor?? mulia sangt ke diorang yg kaya raya ni berbanding peneroka felda.

kadang2 aku terpikir jugak, kenapa ek orang yg pakai jubah laboh tuudng besa dan diornag da dudk kat madin#ah, kat tnah suci, tapi kenapa still ad sikap negatif mcam tu??

aku tanye jugak laki aku apsal aku, laki aku hanya soh sabar2 sebb die cakp ada balasan dan bahagian oarang2 yang sabar ni.

Aku hmmmm ntah la, x tau la setakat mane leh sabar …. doakan aku supya diberikan sabar yang tertinggi.

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "AKU FKIR IBU LYN ISTERI AKU BAIK SELAMA NI, SATU HARI AKU BLK SNY̷AP2 TKJUT TGK IBU T0L̷AK PK̷UL ISTERI SMP̷AI GG̷UR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*