L̷epas isteri “p̷ergi”, mak mertua r̷ebut rumah kami. Dia tak nak pindah keluar

Foto sekadar hiasan. Nama aku Ali (bukan nama sebenar). Aku adalah seorang duda. Isteri aku mngl dunia 2 tahun yang lepas disebabkan knser. Dia disahkan menghiidapi penyaakit itu hanya sebulan selepas kami berkahwin. Setelah disahkan knser Rahim, Dktor membuat keputusan untuk membuat pembdahan buang rahim. Maka kami tiadalah dikurniakan cahaya mata. Beberapa bulan selepas berkahwin, kami telah sepakat untuk membeli sebuah rumah.

Sebelum dapat rumah itu, kami menumpang di rumah mentua aku dan sesekali di rumah orang tua aku. Masa tu mak aku ada lagi. Mak aku mngal dunia pada Mei 2017.

Rumah yang kami beli itu adalah atas nama aruwah isteri aku. Kami rancang untuk letak nama dia sepenuhnya dan bayaran bulanan kami akan bayar bersama.

Lagipun gaji aruwah isteri aku jauh lebih besar daripada gaji aku. Mengikut kelayakan pinjaman perumahan pun, gaji isteri aku sudah layak memohon rumah itu tanpa perlu menggandingkannya dengan kelayakan yang aku ada.

Maka sebab itu, kami guna kelayakan aruwah isteri aku sahaja. Kami cadang, kelayakan aku itu boleh kami simpan untuk beli rumah lain di masa akan datang jika ada rezeki.

Berhabis duit juga kami suami isteri untuk dapatkan rumah baru itu. Exited sangat perasaan masa nak dapat rumah tu. Rumah itu pula cantik dan baru dibina di kawasan perumahan baharu. Kedudukannya pula sangat strategik dan berdekatan dengan office aku.

Aku sangat gembira bila kami dapat beli rumah itu. Aku siap buat loan peribadi berpuluh ribu untuk buat sedikit pengubahsuaian dan beli barang kelengkapan rumah.

Semua yang aku buat itu adalah untuk membahagiakan isteri aku. Sebab aku tahu dia tak hidup lama dah. Dktor dah bagi hint masa tu yang dia hanya dapat bertahan kurang dari 5 tahun. Maka aku pun berusaha demi membahagiakannya dalam menghabiskan sisa hidupnya.

Itu sahaja niat aku. Aku nak lihat dia kecapi bahagia.

Aku senang hati dan gembira bila lihat dia teruja masuk ke rumah baru kami. Macam macam dia beli untuk kelengkapan rumah.

Sayu juga hati aku masa tu.

Walupun dia masih saakit, namun dia bersemangat dalam menghiasi rumah. Kami berdua sahaja yang bertungkus lumus menghiasi rumah itu berpandukan ilham aruwah isteri aku yang dia dapat daripada perkongsian di laman Facebook dan juga Instagram.

Cantik sangat rumah itu kami hias.

Hari demi hari kami lalui, kesihatannya semakin merosot. Dktor berpendapat yang dia akan pergi tidak lama lagi dan meminta saya bersedia dalam apa jua kemungkinan.

Ya betul. Selepas 2 tahun kami tinggal di rumah itu, akhirnya dia pergi bertemu Illahi. Maka tinggallah aku seorang diri.

Umum mengetahui bahawa jika si m4ti mngalkan hutang pinjaman perumahan, maka pihak insuran akan membayar baki hutang si m4ti sepenuhnya.

Oleh kerana rumah itu penamanya adalah aruwah isteri aku sepenuhnya, maka langsailah sudah hutang rumah tersebut dan tidak perlu lagi buat pembayaran selepas itu.

Senang cerita dapat free lah rumah tu. Cuma perlu tukar hak milik sahaja. Tiada lagi bayaran bulanan. Hanya perlu bayar bil utiliti sahaja.

Kisah ini bermula selepas aruwah isteri aku mngal dunia. Beberapa hari sebelum dia pergi, ibu dan bapa mentua aku bersama adik adik ipar aku memang sudah tidur di rumah kami.

Dan selepas sahaja isteri aku mngal dunia, mereka terus menetap di rumah kami itu dan tidak pulang ke rumah mereka semula.

Aku sedikit pelik juga, namun aku masih lagi husnuzon. Mungkin mereka masih rindu pada aruwah anak sulung mereka dan rumah itu tempat mereka melepaskan rindu. Mungkin begitu.

Namun selepas beberapa hari, bulan dan kini sudah 2 tahun, mereka terus menetap di situ. Aku jadi kurang selesa. Yalah, aku ada adik ipar perempuan. Cuba kalian bayangkan, selesa kah begitu?

Kalau isteri aku masih ada, aku okay sahaja tiada masalah. Tetapi isteri aku sudah tiada lagi. Ada gap sudah antara kami. Tetap akan rasa lain bila tinggal bersatu bumbung.

Jadi aku pun segera percepatkan urusan pembahagian harta pusaka aruwah isteri aku di Mahkamah Syariah mengikut sistem faraid.

Harapan aku agar bila selesai pembahagian harta pusaka nanti, mereka akan berangkat pulanglah kembali ke rumah mereka semula.

Dan bolehlah aku memulakan kehidupan yang baharu. Begitu harapan aku.

Aku dapat duit pampasan aruwah isteri aku daripada bank. Sebahagian daripadanya aku agihkan kepada seluruh ahli keluarga aruwah isteri aku. Tiada terkecuali. Ibu dan bapa mentua aku termasuk adik adik ipar aku.

Selebihnya aku buat ubahsuai rumah. Sebab aku selalu ingat kata kata aruwah isteri aku dahulu.

“Nanti kalau ada duit sikit kan bang, kita kasi besarlah dapur rumah ni. Senang sikit sayang memasak” katanya.

Jadi aku habiskanlah sebahagian lagi duit pampasan tersebut untuk memenuhi kemahuan aruwah isteri aku dahulu.

Di samping itu juga, mudahlah untuk aku buat kenduri kendara nanti. Manalah tahu jodoh aku sampai kelak senanglah buat majlis, dapur sudah besar dan selesa untuk merewang. Gituh.

Selesai kerja kerja pengubahsuaian, maka besarlah sudah rumah kami itu. Selesalah sedikit untuk buat kerja kerja di dapur. Berpuluh ribu juga aku habiskan duit pampasan itu untuk ubahsuai. Ada baki sedikit aku sedekah lah kepada pusat tahfiz.

Berbalik kepada faraid tadi, ahli waris kepada aruwah isteri aku ialah aku sendiri, bapa mentua dan ibu mentua aku. Kami bertiga sahaja.

Pada awalnya, aku telah meminta persetujuan daripada ibu dan bapa mentua aku untuk menandatangani persetujuan menyerahkan hak pemilikan rumah kepada nama aku sepenuhnya.

Aku telah bagi penjelasan pada mereka yang kami membeli rumah tersebut selepas kami berkahwin. Maka ianya adalah harta sepencarian. Dan mereka bersetuju.

Tetapi apabila tiba hari kami bertiga perlu menandatangani borang persetujuan tersebut, ibu dan bapa mentua aku telah berubah fikiran. Mereka tidak mahu menandatanganinya dan mahukan hak pada rumah kami itu.

Aku jadi bungkam. Tak tahu mau bagaimana. Aku ingin terangkan yang rumah itu hanya kami suami isteri sahaja yang layak mendapatkannya. Tetapi aku takut mereka terkilan dan berkecil hati.

Aku jadi bingung. Padahal pada awalnya mereka sudah bersetuju. Tetapi akhirnya segalanya berubah. Mereka tidak mahu aku memiliki rumah itu sepenuhnya.

Kenapalah begitu?

Betullah kata orang harta itu boleh memecah belahkan. Ya baru aku tahu kebenarannya.

Namun aku tetap usaha agar aku sentiasa menjaga hubungan dengan mereka. Aku elakkan agar tidak bermasam muka walaupun selepas itu mereka bermasam muka pada aku.

Aku biarkan sahaja. Lama lama, semuanya kembali seperti sediakala. Kami tidak lagi bercakap tentang hal tersebut sehinggalah ke hari ini.

Dan sehingga kini setelah lebih 2 tahun, mereka masih lagi tinggal di rumah itu. Siap beli katil baharu dan sofa baharu di rumah itu untuk kegunaan mereka tanpa meminta persetujuan daripada aku.

Semakin jelas yang mereka akan tinggal menetap di situ selama lamanya. Rumah milik mereka sendiri telah dibiarkan kosong. Aku tidak tahu untuk tujuan apa ianya dikosongkan begitu dan mengangkut semua barang barang ke rumah kediaman milik aku dan aruwah isteri.

Secara jujurnya aku memang terkilan dengan tindakan mereka. Saakit hati pun ada. Sepertinya mereka sudah tidak mahu menghormaati aku langsung.

Mungkin mereka beranggapan bahawa rumah itu atas nama aruwah anak sulung mereka, maka rumah itu hak milik aruwah dan mereka berhak mewarisinya.

Mungkin mereka lupa beberapa perkara. Memang betul rumah itu atas nama aruwah isteri aku sepenuhnya. Tetapi kami membayarnya bersama sama.

Dari mula keluarkan duit booking, sehinggalah duit bayaran bulanan kami sama sama membayarnya. Malah jika dikira, aku lebih banyak keluarkan duit untuk rumah itu.

Aku siap buat loan peribadi lagi. Berpuluh ribu aku pinjam dengan bank dan sehingga kini masih lagi membayarnya walaupun rumah itu sudah pun settle bayaran.

Di mana keadilan untuk aku?

Jadi aku buat keputusan buat sementara waktu ini, aku yang keluar daripada rumah itu. Aku menumpang dahulu di rumah bapa aku.

Aku perlu mencari keselesaan hidup.

Bukan mahu memutuskan tali persaudaraan. Tetapi aku mahu menjaga hati aku agar terhindar daripada kebencian.

Aku sangat sayang pada aruwah isteri aku. Jika kami berbalah hanya kerana harta, kesian pada aruwah isteri aku ‘di sana’.

Aku hanya bertawakal pada Allah. Jika memang ada rezeki aku di situ, Allah tetap akan jaga hak aku.

Namun jika bukan rezeki aku untuk mendapatkan rumah itu, aku hanya inginkan bahagian aku dibayar sahaja. Tak mengapa jika aku perlu mengalah untuk kebaikan, namun hak tetap hak. Aku mahu hak aku dikembalikan. Itu sahaja.

Lagipun telah banyak pengorbanan aku untuk memiliki rumah itu. Duit berpuluh ribu aku habis. Bukan jumlah yang sedikit.

Aku besarkan rumah itu juga adalah untuk keselesaanku di masa hadapan. Bukan untuk keselesaan mereka. Sebaliknya mereka pula berperasan begitu.

Apalah nasib aku. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Islam telah menetapkan bahagian masing masing melalui hukum faraid.

Jadi aku berharap jangan ada yang mengatakan aku ini adalah orang yang giila harta. Tidak. Rumah itu adalah harta aku dan aruwah isteri. Tiada yang berhak selain kami.

Aku masih lagi hidup, kenapa mahu ambil hak orang yang masih hidup?

Aku boleh sahaja mengupah peguam untuk mendapatkan hak pemilikan rumah itu sepenuhnya. Boleh sahaja. Tetapi jika sudah sampai ke tahap itu, hubungan kami pasti akan terjejas. Itu yang aku elakkan sebenarnya.

Ramai yang push aku supaya uruskannya secepat mungkin. Termasuklah jiran tetangga. Tetapi aku tidak tahu mahu jawab apa. Mereka juga berasa hairan kenapa keluarga aruwah isteri aku masih tinggal di rumah kami itu.

Aku cuma jawab rumah mereka sedang di renovate. Sengaja aku buat buat alasan itu demi menjaga maruah mereka. Padahal sudah lebih 2 tahun namun mereka masih lagi menetap di situ. Takkanlah buat renovation rumah pun sampai 2 tahun lamanya kan?

Nampak sangat yang mereka akan terus menetap di rumah itu.

Soalnya bagaimana aku mahu membina masa depan aku? Jika aku mendirikan rumahtangga kelak bagaimana?

Takkan lah selama lamanya aku hidup membujang sahaja tanpa pasngan hidup. Aku juga inginkan hidup berpasngan dan bahagia. Aku juga mahu ada keluarga, mahu ada isteri dan anak.

Kalau hal ini berterusan dan mereka tidak beri kerjasama macam mana aku mahu bina masa depan?

Jadi nasihat aku kepada para pembaca semua, jika kalian ada membeli harta samada rumah ataupun kereta bersama pasngan ingatlah perkara ini;

Buatlah wasiat.

Saya ulangi buatlah wasiat selepas membeli harta tersebut. Buat permohonan hibah di Mahkamah dan letakkan nama pasngan sepenuhnya.

Tak susah pun prosesnya. Pergi sahaja ke Mahkamah Syariah dan berbincanglah pada mereka. Uruskan secepatnya.

Jangan tunggu lama lama. Ajal tidak menunggu kita. Tetapi kitalah yang kena menunggu ajal dan buat persiapan sebaiknya.

Faham ke tak faham?

Jangan jadi macam aku. Sudah isteri mngal dunia, baru terfikir pasal ini. Kenapa kami tidak buat wasiat dahulu.

Akhirnya kini, aku terkapai kapai bagai tiada hala tuju. Menanti ihsan pada insan yang belum pasti mengasihani diriku.

Mohon semua pembaca, doakan agar aku kuat menghadapi ujian ini. Aku percaya semua ini ada hikmahnya, ada pengajaran disebaliknya.

Buat kalian pula, ambillah ikhtibar daripada kisah aku ini. Jangan buat main hukum Allah. Dan jangan sesekali mengkhianati orang lain. Biar hak kita diambil, namun jangan sesekali mengambil hak orang lain. Semoga ianya bermanfaat buat kalian. Sekian.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Kiah, Lbh baik dijual jer rumah tu. Tuntut harta sepencarian & kos yg tt sudah kluarkn utk ubhsuai rumah tu. Bahagikn bahagian waris yg sepatutny yg dpt. Bina kluarga baru & teruskn hidup.

Slps solat hari2 tu sedekahkanlah alfatihah & yassin buat arw4h isteri. Jgn pening2 nk pertahankn sgt rumah tu. Kiriman fatihah & yassin tu lah bukti cinta sbnrnya.

Kei Anuar, Sy cadangkan confessor tny kt mereka kalau nk tinggal situ dan nak kau pindah. Suruh bayar semua duit yg kau dah guna untuk rumah tu. Apa2 duit bini x kira sbg duit kau. Listkan hanya duit kau. Kalau diorg x mampu ckp diorg terpaksa bg kau duduk situ.

Yus Mariza, Talk with no action…tgu bulan jatuh ke riba.. alamaknya smpi kiamatla xde ape.. kenape x setelkan pembahagian harta dr awal termasuk rumah.. ni buat confession ni kan.. agak2 arwh tersksa x tu dlm kubur tu.. sama jgk kn.. klu rase rumah tu TT berhak.. tuntut jela. Konon nk jg hati.. tp bising kt sini.

Sarah Ahmad, bile kau dah luahkan kat sini, maknanya ko dah tak bleh nk ikhlaskan hati dgn keadaan, so cara terbaik settle kan dgn peguam. Biar berbicara guna fakta dan bukan emosi. itu jalan terbaik.

Nk kira masam muka ke hapa, bab2 harta ni mmg akan jadi.. tgok la diri kau, diorg dok situ pon ko dah terasa hati juga, so pusing ikut mana pon jadi benda sama gak.

Syira Isa, Persoalan paling besar kenapa perlu beli rumah atas loan istri sedngkan tau bini dah nak ke arah …. ke mmg perancangan dari si tut ni supaya kesenangan dia kemudian hari..mak ayah perempuan ni lagi berkuasa.

Seeloknye..awak.sebagai lelaki ni mintak kua kan bahagian awak n move on.xbermakna lgsung hidup atas harta istri..dapat plak.istri da mngl.

Juita Ali, Kenapa masih buat.renovation selepas isteri mngl. Berterus terang dn berbincang disertai peguam.mgkin mereka fikir, rumah anak mereka..so mereka berhak. Kalau susah sgt, tt keluar dr rumah.tu.minta gantirugi yg dah buat renovation tu.

Nor silawati, Kalau rasa nak tuntut bwk je ke mahkamah..sbb macam mana pun mesti akan masam muka punya..bwk bukti² duit yg dah dikeluarkan utk beli rumah tu..tuntut bahagian Encik & harta sepencarian..

Kalau x nak gduh² masam muka ikhlaskan hati lepaskan je la rumah tu..sebab benda kalau kait dengan harta ni memang boleh buat musuh jadi gduh

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kredit: informasiviral

Be the first to comment on "L̷epas isteri “p̷ergi”, mak mertua r̷ebut rumah kami. Dia tak nak pindah keluar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*