Baru Dibebaskan Dari Penj̷ara Atas Perkenan Agong, Ramai Yg Menawark̷an C̷alon Isteri Kepada Awie. Tak Sangk̷a Ini Seb̷abnya

Ogos lalu, berita tentang seorang bandvan yang dibebaskan dari pnj4ra atas perkenan YDP Agong telah mencvri perhatian ramai.

” Saya mahu lupakan episod lalu kerana mahu beri fokus kepada kehidupan sekarang selepas sudah 20 tahun perancangan hidup tertangguh kerana berada di pnj4ra.”

Begitu kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) yang sebelum ini menjalani hukvman pnj4ra sepanjang hyat mengikut Sksyn 121 Knvn Kesksaan atas tudvhan melancarkan p3rang terhadap Yang di-Pertuan Ag0ng ketika menyertai pergerakan Al-Ma’unah pada 2000.

Bagaimanapun, selepas 20 tahun, anak kelahiran Kuala Berang itu dibebaskan awal selepas mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63 pada 17 Ogos lalu.

Awie berkata, dia mempunyai kemahiran menjahit dan mengukir yang dipelajari ketika menjalani hukvman pnj4ra di Pnj4ra Kajang dan Pnj4ra Marang.

” Insya-Allah, sekiranya ada peralatan yang mencukupi untuk menjahit atau mengukir dan memperoleh tempahan, saya boleh meneruskan pekerjaan itu di rumah.

” Tetapi sekarang peralatan untuk menjahit dan mengukir pun tiada, oleh itu tidak boleh lagi memulakan pekerjaan itu walaupun sudah ada penduduk yang ingin membuat tempahan mengukir,” katanya.

Mahu ternak lembu

Awie berkata demikian ketika ditemui pada program Lawatan Prihatin Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Maliaman Kassim ke rumahnya Kampung Batu 24, Kuala Berang, di sini, semalam.

Katanya, di samping membabitkan diri dengan kegiatan kemahiran itu, dia juga akan menceburi bidang penternakan.

” Alhamdulillah, hasil bekerja sebagai tukang jahit dan pengukir di pnj4ra, saya berjaya menyimpan sedikit wang.

” Biarpun tidak banyak jumlah simpanan, tetapi ia boleh digunakan untuk memulakan kegiatan penternakan seperti membina kandang lembu.

” Saya berminat untuk menternak lembu dan boleh memulakannya secara kecil-kecilan dengan menternak dua ekor lembu terlebih dahulu,” katanya.

Ramai tawarkan calon isteri, ini jawapan Awie

Bercerita mengenai perancangannya untuk berumah tangga, katanya, dia memang menyimpan hasrat untuk berkahwin, tetapi bukan dalam tempoh terdekat.

” Sejujurnya sebelum dit4han pada 2000, saya memang merancang untuk berkahwin dengan bekas teman wanita.

” Namun, perancangan itu tidak kesampaian, malah bekas teman wanita juga difahamkan sudah berkeluarga dan mempunyai cucu.

” Ramai juga kenalan yang ingin menawarkan calon isteri, tetapi masih terlalu awal untuk memikirkan soal jodoh, tetapi saya tidak menolak takdir sekiranya jodoh itu sampai,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber:asiakini

Be the first to comment on "Baru Dibebaskan Dari Penj̷ara Atas Perkenan Agong, Ramai Yg Menawark̷an C̷alon Isteri Kepada Awie. Tak Sangk̷a Ini Seb̷abnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*