Shuib Kongsikan Apa Yang Dibuat Bapa Mertuanya Bila Rindukan Arw4h Siti Sarah

 “Rindu seorang ayah,” 

tulis pelawak dan pelakon, Shuib sebagai keterangan terhadap video mengenai bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram Story itu, Raissuddin kelihatan sedang duduk sendirian di luar balkoni kediaman Shuib.

Paling menyentuh perasaan, apabila bekas penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an ini memainkan lagu Kesetiaan nyanyian All4hyarham Siti Sarah di telefon bimbit.

Lagu yang dimuatkan dalam album pertama Siti Sarah pada 2002 ini membawa kenangan tersendiri apabila meledakkan namanya di persada industri nyanyian tanah air.

Kejayaan ini terhasil menerusi kerja keras Raissuddin yang sering membawa Siti Sarah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehinggalah diambil sebagai penyanyi rakaman sebelum mencipta populariti.

Be the first to comment on "Shuib Kongsikan Apa Yang Dibuat Bapa Mertuanya Bila Rindukan Arw4h Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*