Tak Sampai 3 Jam Dilancarkan, 200,000 Pelitup Muka PU Riz Habis Dijual

Pencetus Ummah (PU) Riz meluahkan rasa syukur apabila pelitup muka keluaran syarikatnya habis terjual sebanyak 200,000 helai dalam masa tiga jam ianya dilancarkan semalam.

Tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa, suami kepada Neelofa itu berkata produk berkenaan sepatutnya dilancarkan hari ini.

“Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah.

“Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis dibooking. Tapi jangan bimbang, kita dalam usaha untuk menambah stok,” katanya.

PU Riz berkata produknya memunyai kelebihan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran. Ujarnya, pihaknya merancang untuk menambah beberapa koleksi warna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Pelitup muka keluaran kita ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding dijual di market. Buat masa ini hanya warna putih dan InsyaAllah akan datang kami keluarkan pelbagai warna,” katanya.

 

Sumber : mstar

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : klmenjeritvideo

Be the first to comment on "Tak Sampai 3 Jam Dilancarkan, 200,000 Pelitup Muka PU Riz Habis Dijual"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*