Netizen korek identiti ‘amoi’ piza

 

PETALING JAYA – Pendedahan seorang pengguna laman Facebook mengenai identiti wanita yang menimbulkan kekecohan selepas piza pesanannya tidak dapat disediakan kerana oven rosak mengubah perasaan marah netizen kepada simpati.

Individu yang bernama Saluddin Ismail itu berkata, hasil menyelidik akaun Facebook milik pelanggan tersebut, dia mendapati wanita itu merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti di Kampar, Perak yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Di laman Facebook beliau, banyak dikongsikan foto makanan yang mungkin menjadi kesukaan beliau bersama beberapa foto rakan sekerja .

“Ada juga gambar bersama bapa beliau sewaktu menerima ijazah, namun yang lebih menarik, terdapat juga gambar dengan tandatangan beberapa pemain badminton negara terkenal seperti Datuk Lee Chong Wei,” tulisnya semalam.

Namun ada beberapa status sedih dan gambar muka beliau berdarah serta laporan polis yang mengatakan beliau dipukul bapa beliau kerana membeli tiket wayang.

Ada juga satu laporan polis yang menyatakan kereta beliau cuba diambil oleh seseorang kerana lelaki itu memaklumkan bahawa itu adalah kereta milik orang lain.

Menurutnya, dari beberapa hantaran dan foto yang dikongsi menunjukkan wanita itu berkemungkinan seorang pesakit artritis atau Orang Kelainan Upaya (OKU) berdasarkan keadaan fizikal beliau di dalam gambar.

“Banyak cerita dan peristiwa telah berlaku pada dirinya yang kita tidak tahu menyebabkan beliau berkeadaan begini sekarang.

“Untung nasib manusia tidak sama, ada yang gembira ada yang berduka. Hanya mereka sendiri tahu apakah cerita duka yang terjadi dalam perjalanan hidup mereka,” ujarnya dalam hantaran yang dikongsi lebih 1,200 kali.

Wanita ini dikatakan seorang pensyarah di sebuah universiti di Kampar, Perak.

Rata-rata netizen berharap wanita itu dalam keadaan baik dan menyifatkan individu sepertinya perlu dibantu.

“Jika dengar suaranya semasa dia marah-marah pekerja itu kita dapat tahu dia dalam keadaan yang tidak dapat berfikir dengan baik. Soalan yang ditanya pun macam tidak logik,” ulas Tasnim Zahari.

“Oh patutlah susah hendak faham. Rupanya OKU. Apa boleh buat kita yang normal ini kena bersabar. Kasihan netizen bukan tahu dia OKU atau tidak,” ujar Leyla Nabila.

“Dia tidak sihat. Kasihan kita tidak tahu apa yang ada dalam gelodak emosi dan fikiran dia ketika itu,” komen Nur Azimah Shahirah. – K! ONLINE

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : utusanonline

Be the first to comment on "Netizen korek identiti ‘amoi’ piza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*