Hajat tak kesampaian. Lelaki ini setia menanti tarikh temujanji vaksin, namun ‘pergi’ dulu akibat C0v!d-19

 

 

SATU panggilan telefon mengundang seb4k dan linangan air mata.

Menerusi satu ciapan seorang anak di laman Twitter, panggilan itu diterima dari pusat pemberian vaks1n (PPV) bagi memaklumkan janji temu sunt1kan vak1n bapanya.

Bagaimanapun, pengguna laman sosial berkenaan memberitahu bahawa bapanya telah pun men1nggal dunia sehari sebelum panggilan itu dibuat.

“Sedihnya. Ayah hari-hari tanya bila dia akan dapat vaks1n,” luahnya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 17,000 kali.

Kakak sulung kepada pengguna Twitter itu, Nor Zaiyani Nor Azam berkata, bapanya men1nggal pada usia 51 tahun ak1bat komplikasi Cov1d-19, awal pagi Jumaat lalu.

arwah ayah vaksin 5

Selain menjual apam lenggang, arw4h bapa Yani pernah berniaga ais krim.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, kira-kira sebulan lalu, arw4h bapanya dimasukkan ke hospital selepas dijangk1ti v1rus itu kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

“Ayah discaj dan pulang ke rumah selepas lapan hari dimasukkan ke hospital. Tapi selepas 20 hari ayah berada di rumah keadaan kesihatannya kembali mer0sot.

“Ayah dimasukkan semula ke hospital, Rabu minggu lalu, dan kami dimaklumkan ayah mengalami jangk1tan kum4n dalam p4ru-p4ru dan buah pinggang,” katanya kepada mStar.

Mengimbas kembali, Yani berkata, arw4h bapanya sebenarnya saban hari bertanyakan tentang janji temu d0s pertama vaks1n Cov1d-19 sejak discaj dari hospital.

arwah ayah vaksin 6

Arw4h bapa Yani disifatkan sebagai bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Menerusi aplikasi MySejahtera, ayah sebenarnya terima notifikasi ‘appointment’ dos pertama semasa di hospital. Kami terpaksa menolaknya kerana ayah pos1tif Cov1d-19 dan sedang dir4wat.

“Selepas discaj, setiap hari ayah tanya appointment dia. Sebelum ayah pos1tif Cov1d-19 pun, banyak kali tanya bila giliran dia,” katanya yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, bermula Ogos hanya warga emas yang belum memperoleh sebarang janji temu vaks1n boleh ‘walk-in’ atau jumpa terus di PPV.

“Ayah baru 51 tahun, bukan kategori warga emas. Ayah juga tidak mengh1dap sebarang peny4kit, sebab itulah ayah hanya menunggu tarikh ‘appointment’ dalam MySejahtera.

“Bila mak kemudian dapat tarikh appoinment dos pertama vaks1n, ayah cepat-cepat check handphone tapi terkilan belum dapat. Ayah ucap tahniah kat mak sebab dah dapat tarikh,” ujarnya.

arwah ayah vaksin 7

Kenangan… Yani (belakang, dua kanan) bersama keluarga.

Yani bagaimanapun menjelaskan perkongsian adik perempuannya berusia 21 tahun sekadar luahan kesedihan terhadap pemergian bapa mereka.

“Kami terima takdir dan ketentuan Allah. Sama ada dapat vaksin atau tidak, bila-bila saja ajalnya sekiranya itulah yang ditakdirkan,” katanya yang bertugas sebagai jururawat pergigian.

Yani berkata, arw4h bapanya, Allahy4rham Nor Azam Idrus atau lebih dikenali sebagai Man merupakan peniaga apam lenggang demi mencari rezeki buat keluarga.

“Selepas kerja kilang selama 25 tahun, ayah berniaga sendiri sejak kira-kira lapan tahun lalu. Pagi, petang, malam ayah tak kenal erti penat. Ayah tak pernah merungut,” katanya sambil menambah arw4h bapanya juga pernah berniaga ais krim.

arwah ayah vaksin 3

Ibu Yani selepas menerima d0s pertama vaks1n.

Dalam pada itu, katanya, tarikh baharu janji temu bagi d0s pertama arw4h bapanya iaitu Ahad lalu (29 Ogos), secara kebetulan hari yang sama dengan janji temu vaks1n ibunya yang berusia 47 tahun.

“Tarikh appointment mak dapat lebih awal sebelum ayah men1nggal dunia. Syukur mak dah dapat d0s pertama vaks1n, mak mungkin nampak gembira tapi kami anak-anak tahu mak sedih sebab ayah tak sempat dapat vaks1n dia,” ujar Yani dengan nada seb4k.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hajat tak kesampaian. Lelaki ini setia menanti tarikh temujanji vaksin, namun ‘pergi’ dulu akibat C0v!d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*