10 beradik jadi yatim, bapa dijemput illahi akibat Covid-19

 

 

SEREMBAN – Seramai 10 beradik yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2 di sini menjadi anak yatim sekelip mata selepas kehilangan bapa tercinta akibat c0vid-19 minggu lalu.

Lebih menyedihkan, anak sulung, Nurul Hafizhah Azlan, 28, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 Ogos lalu terpaksa menangguhkan hasrat murni itu berikutan keadaan ayahnya, Azlan Omar, 51, yang kritikal di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah lima hari kemudian.

Menurut Nurul Hafizhah, majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya kembali reda selain keadaan kesihatan ibunya kembali pulih dan habis tempoh idah.

“Buat masa sekarang, kami adik-beradik yang bekerja perlu menanggung keluarga termasuk empat adik yang masih bersekolah iaitu berusia antara lima hingga 16 tahun.

“Kini, anak kedua yang bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Alif Amierul Azlan, 27, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan dia anak lelaki sulung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Garden Avenue, Seremban 2 di sini semalam.

Nurul Hafizhah berkata, episod duka itu bermula apabila seluruh ahli keluarga dijangkiti c0vid-19 pada pertengahan bulan Julai lalu kecuali Muhammad Alif Amierul disahkan negatif kerana ketika itu dia menemani nenek yang tinggal di rumah berhampiran.

“Kami sekeluarga 11 orang termasuk emak dan ayah mendapat c0vid-19 ini daripada adik (anak kelima) yang dijangkiti di tempat kerja dan tidak sangka kami satu rumah juga terkena.

“Jangkitan ini menyebabkan emak dan ayah mengalami sesak nafas teruk dan dimasukkan ke Hospital Tampin pada 28 Julai lalu,” ujarnya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : -K! ONLINE

Be the first to comment on "10 beradik jadi yatim, bapa dijemput illahi akibat Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*