Ibarat filem seram, kepala anak tersangkut di siling

BEIJING : Suami isteri di wilayah Guizhou, China terkejut apabila objek hitam yang disangka hantu, rupanya kepala anak perempuan mereka yang tersangkut pada lubang di tingkat atas rumah.

Mereka pada mulanya takut untuk mendekati objek itu yang kelihatan seperti makhluk dalam filem seram.

Bagaimanapun, pemeriksaan dibuat mengesahkan objek hitam adalah rambut si anak yang mengurai selepas kepala tersangkut pada lubang di siling berkenaan.

Lubang sebesar lapan inci itu terdedah berikutan akan dipasang saluran ventilasi bagi kipas di antara dua tingkat.

Malangnya, kanak-kanak terbabit bertindak meletakkan kepalanya di situ sebelum menyedari ia tersangkut dan ibu bapanya terpaksa menghubungi bomba untuk bantuan.

Video mengenai operasi mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dirakam anggota bomba dan dimuat naik di aplikasi Weibo, menurut Daily Star.

Ketika operasi, seorang anggota bomba cuba menolak kepala budak perempuan itu dari bawah manakala seorang lagi menarikan dari atas, tetapi usaha itu gagal.

Mereka kemudian melumurkan minyak sayuran di seluruh kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan cubaan sama beberapa kali sebelum kepala mangsa berjaya ditarik keluar.

Komander Yang Hao daripada Balai Bomba Anshun berkata, mangsa tersekat di dalam lubang berkenaan kira-kira sejam sebelum pasukannya dimaklumkan hal itu dan mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkannya.

Kanak-kanak itu katanya dibawa ke hospital untuk rawatan dan tiada kecederaan serius

 
Sumber : harian metro

Be the first to comment on "Ibarat filem seram, kepala anak tersangkut di siling"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*