Disahkan Kontak Rapat, PM Ismail Sabri Jalani Kvarantin Bermula Hari Ini

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini (Isnin) setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Menurut Ismail Sabri, kekangan itu menyebabkan dia tidak dapat hadir ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara petang ini.

 

Ismail Sabri juga hanya akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok secara maya sahaja.

Untuk rekod, 31 menteri dan 38 timbalan menteri dijangka mengangkat sumpah hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan pada 2.30 petang ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka turut berangkat ke istiadat tersebut.

Selain itu, ia akan dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Disahkan Kontak Rapat, PM Ismail Sabri Jalani Kvarantin Bermula Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*