4 Lelaki Tak Mengaku Salah Pukvl B0m0h

Kota Bharu : Empat pengamal pervbatan tradisional mengaku tidak bers4l4h di M4hkam4h Majistret di sini hari ini, atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki yang juga seorang bomoh, awal bulan lalu.

Tertudvh, Mohd Shamsul Izwan Midin, 33; Idrees Ishak, 42; Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertudvhan dibacakan di hadapan Ma.jistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 39, di sebuah inap desa Al Quds Jalan Taqwa, Kampung Huda, jam 4 pagi, pada 5 Ogos 2021.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahril Ramli, manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam bela Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Mahkamah menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang serta masing-masing dengan seorang penjamin.

Akhbar sebelum ini melaporkan polis menerima laporan membabitkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu ‘Sihir 7 Keturunan’ dan santau yang tular di media sosial awal bulan ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berasal dari Kangar, Perlis dan datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional.

 

Sumber : harian metro

Be the first to comment on "4 Lelaki Tak Mengaku Salah Pukvl B0m0h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*