“Kan dah tak boleh masuk” – [VIDEO] Alasan Nak Ambil Kucing, Budak Lelaki Sanggup Keluar Rumah Ikut Grill Pintu

Cerita pasal kanak-kanak tidak pernah lekang diperkatakan di media sosial setiap tahun. Ada saja aks1 yang pelik-pelik mereka buat sampaikan ada yang viral sampai ke negara luar.

Samalah dengan cerita kalini. Dalam perkongsian @susukemas, dia telah memuat naik video di Tiktoknya yang menunjukkan aks1 seorang budak lelaki sedang masuk rumah melalui grill pintu rumahnya.

“Macam mana boleh keluar”

@susukemas

Alasannya ambil kucing 😅 Buat hal awk pipi pau

♬ bunyi asal – Home_Spa_Citot

Budak lelaki tu keluar rumah untuk ambil kucing kesayangannya yang berada di luar. Tapi korang tengoklah macam mana dia masuk. Macam tak percaya, tapi dengan saiz badan yang kecil itu dia dapat keluar melalui lubang grill pintu rumahnya. Ada je akal dia…

Menurut si ibu, demi menjaga keselamatan, dia terpaksa kunci grill pintu rumah selain taknak bagi anaknya keluar. Ibunya sempat merakam detik-detik bagaimana anaknya itu keluar dan masuk rumah melalui lubang grill pintu.

“Meng4rut je”

Video yang berdurasi lebih dari setengah minit itu telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen terhibur dengan keletah anaknya yang comel itu. Ada juga netizen yang buat lawak dengan menyalahkan kucing tersebut sebab ajar budak lelaki tu keluar rumah lalu lubang grill rumah. Ada-ada je korang ni.

Ibunya juga ada memuat naik satu lagi video budak lelaki itu panjat grill pintu rumahnya tadi. Macam-macam hal la kau dik,hahaha.

@susukemas

Jadi spiderman plk awk pg nie ya 😅 Tak sempat jerit laju awk turun ya

♬ bunyi asal – Home_Spa_Citot

Bagaimanapun budak lelaki tersebut tidak mengalami sebarang keced3raan semasa keluar masuk rumah lalu lubang grill pintu itu.

Kalau kepala kau tersangkut dik, nak panggil bomba lagi satu hal.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Kan dah tak boleh masuk” – [VIDEO] Alasan Nak Ambil Kucing, Budak Lelaki Sanggup Keluar Rumah Ikut Grill Pintu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*