Lupa sebut Lailahaillallah… Saharul Ridzwan hampir berdepan kem4tian – “Saya ny4ris lem4s, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak m4ti”

SUBHANALLAH! Gara-gara terlupa melafazkan kalimah suci Lailahaillallah, pelakon Saharul Ridzwan hampir lema4s dan merasai sendiri detik hampir berdepan kem4tian.

Cerita Saharul, 32, kejadian men4kutkan itu berlaku selepas dia mempersoalkan tahap keimanannya terhadap hari kem4tian.

“Saya masih teringat kejadian semasa saya mandi air terjun, sebelum itu saya ada bertanya dengan emak, ada tak hadis atau kitab bercerita tentang berimannya kita dengan kem4tian… macam mana rasa takut ma4ti? Akhirnya Allah bagi cash saya merasainya!

“Mula-mula saya terjun dalam air dengan menyebut Lailahaillallah, seronoklah terjun semasa itu tanpa apa-apa masalah sehingga ada sekumpulan remaja suruh saya terjun lagi… tapi kali kedua ni saya lupa nak sebut kalimah itu.

“Saya hampir lem4s, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak m4ti, saya mengucap… saya nampak ada kaki di atas dan saya tarik untuk naik… remaja tersebut tanya saya kenapa? Lem4s?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dakwah Tabligh (@dakwahtablighmalaysia)

“Nampak situasi tu macam biasa saja… samalah macam hidup zahirnya nampak sedih dan sakit itu semua tapi kita yang rasa tak boleh nak cakap. Saya terus istighfar… takutnya!” katanya.

Saharul berkongsi hal berkenaan menerusi video membincangkan tentang tajuk erti ‘sebuah penghijrahan’ yang dikongsikan di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.

Turut kelihatan dalam rakaman perbincangan tersebut ialah pelakon dan penyanyi Alif Aziz yang kini mula mendekatkan diri dengan agama.

saharul 4

Saharul kongsi pengalaman dalam perbincangan di Instagram Dakwah Tabligh.

Dalam pada itu, Saharul berkata dia kini lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh.

Dia bersyukur dengan nikmat yang dimiliki hari ini dan percaya apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT.

“Selama 32 tahun kita cakap Lailahaillallah hanya sekadar di mulut sahaja tapi kita tak betul-betul faham. Sebelum ini tiga hari saya keluar (mengikuti tabligh), saya dem4m pula.

“Semasa itu saya tanya kenapa Allah nak dvga… sampai la saya ambil paracetamol. Saya cakap ub4t ni tak boleh baikkan aku tapi aku makan dengan izin Allah untuk ub4tkan aku.

“Alhamdulillah dem4m elok sedikit… daripada situ saya fikir Allah nak tunjuk kuasanya. Adakah makan ub4t dapat legakan sakit? Tak! Semuanya dengan izin Allah,” ujarnya.

Mahu istiqamah mencari keredaan Allah, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia selalu berpesan kepada isterinya iaitu Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir untuk terus berdoa.

Ini kerana dia takut jika hidayah dan pemahaman mengenai agama yang mereka miliki itu ditarik semula oleh Allah.

saharul 3

Saharul bersama isteri tercinta, Deena.

“Apabila Allah bagi kita faham tentang agama, makin lama perasaan makin takut sebab takut Allah ambil semula apa yang kita faham ini.

“Setiap hari saya cakap dengan orang rumah kita kena berdoa selalu sebab kita tak tahu bila-bila sahaja Allah boleh tarik (nikmat yang ada).

“Sebelum ini tiga kali saya pergi ke Makkah, saya berdoa jadikan saya pelakon hebat, minta berlakon filem aks1, minta anak perempuan… semua Allah bagi! Tapi saya kesal tak minta Allah pelihara iman saya, hanya minta hal dunia.

“Teringat sebelum ini Allah dah bagi petunjuk awal untuk saya kembali kepada-Nya.. pada tahun 2016 saya kemal4ngan, kereta rosak tervk tapi satu luka pun tak ada pada saya, Allah dah bagi petunjuk tapi kita masih tak sedar lagi,” ceritanya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Lupa sebut Lailahaillallah… Saharul Ridzwan hampir berdepan kem4tian – “Saya ny4ris lem4s, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak m4ti”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*