D0ktor Akui Silap Maklmat, Isteri Badrol Shah Msih Bernyawa Nmun Sedang Kr!t!kal

SELEPAS berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur akibat positif Covid-19, pelakon kerdil, Badrol Shah dituduh sengaja mencari perhatian.

Namun menurut Badrol Shah Abdul Manan, 39, dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia pada Selasa.

Hakikatnya sehingga berita ini ditulis pada Khamis, doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu.

“Saya akui cukup trauma selepas doktor tersalah beri maklumat… dapat panggillan pada waktu petang kata dah meninggal, tapi malam itu dapat panggilan kata isteri tengah nazak pula.

“Saya ingin tegaskan di sini saya bukan sengaja buat cerita atau kaki penipu seperti yang netizen tuduh saya di media sosial… mereka cakap saya sengaja nak raih simpati.

“Saya tak pernah nak minta simpati atau sumbangan mana-mana pihak… perkara ini berlaku semuanya atas sebab salah faham,” katanya ketika dihubungi mStar.

Difahamkan isteri Badrol dijangkiti wabak Covid-19 varian Delta.

Badrol yang pernah membintangi filem Busut Bonang ini berkata dia tidak menyalahkan doktor kerana memahami kemungkinan doktor itu berada dalam keadaan penat menguruskan pesakit Covid-19.

“Saya baharu sahaja balik dari hospital tadi (pagi Khamis) berjumpa dengan ketua doktor unit berkenaan yang memaklumkan mereka tersilap beri maklumat dan meminta maaf berhubung kejadian tersebut.

“Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini sebab saya faham mungkin doktor tersebut penat banyak handle kes pesakit Covid-19.

“Cuma itulah, bapa dan ibu mertua terus datang ke KL dari Melaka selepas dapat tahu anak mereka meninggal dunia Selasa lalu… sampai pengsan ibu mentua saya bila dapat perkhabaran itu,” ujarnya.

 

Saya ingin tegaskan di sini saya bukan sengaja buat cerita atau kaki penipu seperti yang netizen tuduh

 saya di media sosial… mereka cakap saya sengaja nak raih simpati.

BADROL SHAH

PELAKON 

 

Badrol berkata sekarang dia perlu menjaga emosi anak-anaknya yang merasa cukup terkesan dengan insiden tersebut.

“Dah dua hari saya tak bawa Grab sebab nak fokus pada update kesihatan isteri serta emosi anak-anak.

“Mereka keliru tapi saya dah terangkan kepada mereka perkara yang sebenarnya terjadi. Saya cakap pada mereka doa banyak-banyak semoga ada keajaiban ibu cepat pulih.

“Anak-anak pun beritahu saya yang mereka sedih apabila orang luar tuduh Abi (Badrol) mereka penipu susulan insiden salah faham ini,” katanya.

Menerusi laporan mStar pada Selasa lalu, Badrol mengesahkan isterinya sudah meninggal dunia selepas doktor yang merawat isterinya memaklumkan perkara itu kepadanya pada petang Selasa.

Badrol berkahwin dengan Farah yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun.

 

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "D0ktor Akui Silap Maklmat, Isteri Badrol Shah Msih Bernyawa Nmun Sedang Kr!t!kal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*