Cinta Tak Kenal Usia! 7 Selebriti Bollywood Ini Kahwin Dengan Lelaki Muda, Ada Yang Beza 10 Tahun

Kalau dah saling suka menyukai, perbezaan umur itu bukanlah menjadi penghalang bagi sesetengah orang termasuklah selebriti Bollywood ini. Walaupun perbezaan umur mereka jauh dan ketara, selebriti ini merasakan suami mereka lebih matang dan dewasa dalam perhubungan.

Nargis 

Setelah menjalani pengambaraan filem “Mother India”, pasangan Nargis dan Sunil Dutt yang memiliki perbezaan setahun telah berkahwin pada tahun 1958. Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, Sunil dikhabarkan telah menyelamatkan Nargis daripada kebakaran di lokasi pengambaraan.

Setelah 23 tahun berkahwin, pasangan ini bercerai dan perkahwinan mereka dikurniakan 3 orang anak.

Farah Khan 

Farah Khan bertemu dengan pasangannya, Shirish Kunder ketika tengah menjalani pengambaraan “Main Hoon Na”. Pasangan ini mempunyai jarak perbezaan umur sebanyak 8 tahun dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Melalui perkahwinan Farah Khan dan Shirish Kunder, pasangan ini mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Aishwarya Rai 

Aktres popular ini telah bercinta dengan Abhishek Bachchan ketika menjalani pengambaraan filem “Guru Mani Ratnam”. Untuk pengetahuan kamu, Aishwarya berumur 2 tahun lebih tua daripada suamiya. Menerusi perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaradhya Bachchan.

Soha Ali Khan 

Jatuh cinta dengan Kuna Khemu, Soha Ali Khan berusia lebih 4 tahun tua. Mereka bertunang di Paris pada tahun 2014 dan berkahwin di Mumbai pada tahun 2015.

Priyanka Chopra 

Memiliki perbezaan umur sebanyak 10 tahun, Priyanka Chopra dan Nick Jonas mengejutkan orang ramai apabila mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018. Walaupun Nick lebih muda, Priyanka mended4hkan suaminya itu lebih matang berbanding dirinya dalam hubungan mereka.

Tidak menghiraukan kritikan orang ramai, Priyanka bersyukur kerana menemui suaminya itu dan menerima dirinya dengan seadanya.

Adhuna Bhabani 

Stylist terkenal, Adhuna Bhabani telah berkahwin dengan Farhan Akhtar iaitu lelaki yang berusia 6 tahun lebih muda daripadanya. Mereka bertemu ketika Farhan sedang menulis skrip untuk filem “Dil Chahta Hai”.

Sejak daripada itu, mereka telah menjadi rapat dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2000. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan sebelum berp1sah pada tahun 2016.

Namrata Shirodkar 

Namrat Shirodkar terkenal sebagai model, Miss India dan juga aktres. Dia telah berkahwin dengan Mahesh Babu pada tahun 2005. Namrata yang lebih tua sebanyak 2 tahun, memiliki dua orang anak bersama Mahesh.

Kalau kamu memiliki pasangan yang lebih muda, jangan hiraukan apa pandangan orang lain. Yang paling utama, kamu tahu apa yang kamu mahukan dan keserasian itu sangat penting!

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Murai

Be the first to comment on "Cinta Tak Kenal Usia! 7 Selebriti Bollywood Ini Kahwin Dengan Lelaki Muda, Ada Yang Beza 10 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*