Terkejut Dengan Isu Perg4duhan Siti Nordiana, Nubhan Harap 5 Sekawan Berdamai

Penyanyi Nubhan meluahkan rasa terkejut dan simpati apabila mengetahui isu perselisihan faham di antara rakan-rakan selebritinya, Siti Nordiana, Syura, Lan Solo serta dua lagi individu yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

 

Nubhan Harap Rakan-Rakan Dapat Berdamai

Menerusi hantaran di laman Instagram, Nubhan yang juga rakan duet Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana menerusi lagu Sekali Lagi mengharapkan agar kesemua mereka dapat berdamai semula memandangkan sudah lama bersahabat. Menyifatkan isu perg4duhan merupakan lumrah dalam pertalian persahabatan, namun Nubhan tidak menyangka ia sampai ke tahap s4man-menyaman.

“Kesian rakan duet den ni. Tak sangka isu kawan-kawan boleh jadi sampai ke tahap s4man menyaman. G4duh-g4duh sikit, lepas cakap tu biasala dalam berkawan. Den pun penah jugak g4duh…pastu baik balik…pastu g4duh jap…pastu tiba-tiba holiday sama-sama…macam itu lah ulang-ulang sampai abang jamil..” tulis Nubhan

 

Tidak Sangka Sampai Ingin S4man

Dalam pada itu, Nubhan turut mendedahkan setiap kali dia keluar makan bersama rakan-rakannya itu pasti isu bayaran akan menjadi gurauan kerana masing-masing ingin mengelakkan daripada membayar makanan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka isu seumpama itu telah dibahaskan secara langsung di Instagram dan secara tidak langsung turut berasa bersalah kerana mereka juga merupakan rakannya sendiri.

“Saya kalau kluar dengan diaorang ini sentiasa akan g4duh bila makan…berebut masing-masing nak mengelak bayar…bukan tak ada duit…tapi dah perangai memasing macam itu…layan je la…gurau kan…nothing serious..”

“Kawan-kawan ini kalau dah selesa, semua dia cerita, luah. Dari situ kita tahu la kelemahan & gila masing-masing. Tapi jangan la buat live…adoiiii… nak cakap lebih kang…masing-masing pun my pren oso… i is jem” katanya lagi

 

Harapan Nubhan, dia berharap agar isu tersebut dapat dijadikan pengajaran dan saling bermaafan kerana percaya masing-masing mempunyai kesilapan tersendiri.

“Maaf bermaafan lah…kita tak nak tau pun sapa betul sapa salah…everyone learned their lesson. bila jadi sesuatu perkara, sure masing-masing ada salah…kawan kan? Memang mulut longkang itu perkara biasa. Itu juga yang kita kawan…itu juga yang dah bertahun-tahun pun…Enough fingting2(g4duh) leyyy..Ini bukan nk bekap sesapalah…cuma nak tengok la korang ni berdamai” jelas Nubhan

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan isu Siti Nordiana menuntut permohonan maaf daripada Syura, Lan Solo dan isterinya yang dikenali sebagai Sheila Razlan serta jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram. Gagal berbuat demikian, Siti Nordiana tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan s4man.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai

Be the first to comment on "Terkejut Dengan Isu Perg4duhan Siti Nordiana, Nubhan Harap 5 Sekawan Berdamai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*