Setepek Normala Samsudin Bagi Pesanan Padu Pada Golongan Anti1 V4ksin

 

 

Melihatkan jumlah kes jangkitan varian Delta COVID-19 yang semakin meningkat, selebriti Puan Sri Normala Samsudin meluahkan rasa bimbangnya di Instagram. Ujarnya varian Delta ini berupaya untuk memberi kesan yang lebih teruk pada masyarakat terutamanya golongan anti vaksin.

Menerusi story Instagram, Puan Sri Normala berkongsi varian Delta ini sangat berbahaya dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tambahnya walaupun varian ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi golongan anti vaksin merupakan golongan yang berisiko tinggi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)

 

“Iktibar untuk mereka anti vaksin. Jika anda masih berdegil, akibatnya hanya tinggal anda sahaja yang terdedah teruk pada C19 Delta. Varian yang sangat kuat”, tulisnya di Instagram.

Puan Sri Normala mendedahkan varian ini lebih kuat berbanding dengan COVID-19. Malah dia juga menasihati orang ramai yang sudah divaksin dan positif varian ini mengikuti nasihat doktor untuk sembuh.

Selain itu, Puan Sri Normala juga berharap agar mereka yang belum divaksin atau sudah menerima dos pertama untuk tidak bergerak dengan bebas dalam negara. Kongsinya, mereka ini turut mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah pada jangkitan.

Pada masa yang sama, Puan Sri Normala juga berkata varian Delta ini sama seperti virus COVID-19 iaitu boleh dijangkiti melalui udara. Nasihatnya, orang ramai yang ingin bergerak dengan bebas perlu menunggu sehingga jangka masa ikubasi vaksin selesai.

“Harap mereka yang belum vaksin lagi atau belum sempurna, Jangan bebas bergerak ke sana-sini. Sebab anda terdedah dengan pada jangkitan, Varian Delta. Boleh berjangkit melalui udara. Tunggu sampai habis masa inkubasi tempoh selepas vaksin. Sayangilah diri dan keluarga kita” ujarnya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:Murai My via dnq.pw

Be the first to comment on "Setepek Normala Samsudin Bagi Pesanan Padu Pada Golongan Anti1 V4ksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*