[Video] Marissa Dania cvri tumpuan netizen, disangka Neelofa

Marissa Dania antara anak selebriti yang sering mendapat pujian netizen kerana wajah cantiknya yang dikatakan saling tak tumpah seperti ibunya iaitu Abby Abadi.

Anak kedua pelakon drama Gerak Khas ini juga menjadi tumpuan peminat ibunya di ruangan Instagram apabila posting yang dikongsikan seringkali menerima pujian wajahnya yang cantik seperti ibunya itu.

Walau bagaimanapun, sekali lagi Marissa Dania mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik video tutorial dua jenis pemakaian tudung dan kecantikannya itu menjadi bualan diruangan komen.

Ini kerana kecantikan Marissa Dania dalam video itu membuatkan netizen terpegun lagi apabila gayanya yang mengenakan dua jenis pemakaian tudung itu semuanya menyerlahkah lagi kecantikannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Marissa Dania Hakim (@marissadania_)

Namun begitu, posting video yang dimuat naik Marissa Dania ini di Instagram yang telah diikuti lebih 460,000 pengguna lain dalam masa yang sama netizen menyangkakan Marissa Dania ialah Neelofa apabila ada yang berpendapat dia mempunyai iras dengan selebriti popular itu.

Lalu menjengah pula ke ruangan komen, Marissa Dania melalui video itu dihujani dengan pujian netizen terhadap kecantikannya lalu menerima puluhan komen ramai berserta ribuan tanda suka ditinggalkan buatnya.

“Cantik nya dia ni”

“Iras Neelofa”

“Ingat kan Neelofa tadi. Cantik nya”

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Marissa Dania cvri tumpuan netizen, disangka Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*