Buat Majlis Merisik Secara Maya, Ramai Puji & Jadikan Majlis Erma Fatima Contoh!

Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal Erma Fatima telah berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang dilangsungkan secara maya.

Majlis tersebut yang berlangsung pada petang Sabtu disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Walaupun talian internet terputus-putus, namun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan rata-rata warganet memuji tindakan Erma dan Bade.

Selain dihujani ucapan tahniah, ada di antara warganet yang mahu menjadikan majlis tersebut sebagai contoh.

Tambahan lagi ketika semua rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan pandemik dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Rata-rata memuji kedua-dua belah keluarga iaitu Erma dan bakal besan kerana mematuhi SOP ketika menjalankan majlis ringkas dan penuh bermakna tersebut.

Selain Syamil Erma mempunyai empat orang anak angkat iaitu Ahmad Arir, 25, Ahmad Aifin, 23, Citra, 19 dan Nurain, 14.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "Buat Majlis Merisik Secara Maya, Ramai Puji & Jadikan Majlis Erma Fatima Contoh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*