Bukan sahaja ‘h4ntu’ durian, tapi wanita kacukan Jerman-Rusia ini kerap contact mak mentua di Pulau Pinang… si suami pula terubat rindu

 

 

SIAPA sangka, gadis kacukan Jerman-Rusia ini mempunyai ‘tekak’ Melayu.

Dilahirkan di Jerman, Michelle, 23 ternyata amat mengemari buah-buahan tempatan seperti durian, cempedak goreng serta juadah Melayu seperti kuih lapis dan onde-onde.

Bahkan Michelle dan pasangannya Riza Amir, 25 sanggup berbelanja sehingga RM250 untuk sebiji durian frozen.

Bercakap kepada mStar, Riza berkata Michelle sememangnya menggemari durian yang digelarnya sebagai “cheese fruit”.

“Kali pertama cuba durian masa kami di Thailand, mula-mula tu dia kurang gemar dengan bau durian.

“Tapi sekarang dia dah ‘h4ntu’ durian, dia kata durian ni macam cheese (sedap tapi berbau).

“Tapi dekat sini memang susah nak dapat melainkan yang frozen, harga pun mahal sangat,” ujarnya.

Riza dan Michelle tidak jemu bahkan seronok mempelajari keunikan budaya masing-masing.

 

Selain minatnya terhadap raja buah, gelagat Michelle mempelajari Bahasa Malaysia termasuk dalam beberapa loghat tertentu turut mencuit hati lebih setengah juta pengikut mereka di laman TikTok mereka.

“Michelle memang minat belajar bahasa dan mahir bertutur menggunakan tujuh bahasa antaranya Russia, Jerman, Latin Sepanyol dan Perancis

“Sekarang dia masih lagi belajar bahasa Malaysia, saya selalu ajar dia dan kongsi perjalanannya di laman TikTok kami Amirchelly,” ujar Riza.

Riza sering berkongsi video Michelle mempelajari Bahasa Melayu di laman TikTok mereka.

 

Selain bahasa, menurut Riza, Michelle juga gemar belajar memasak masakan juadah Melayu.

“Michelle memang suka mencuba resepi-resepi masakan Melayu, selalunya dia akan belajar melalui Google atau dia akan tanya mak saya.

“Jadi sedikit sebanyak terubat rindu saya pada masakan Melayu,” ujar anak jati Pulau Pinang ini.

Michelle gemar memasak makanan Melayu.

 

Berkongsi pengalaman menyambut lebaran di Jerman kali ini, pasangan ini turut mencuit hati netizen dengan perkongsian video hasil percubaan Michelle memasak lontong.

“Raya regrets. Fail” 

“Tak mengapa usaha itu yang lebih penting,”tulis mereka, disertakan dengan video nasi lontong yang kurang menjadi.

 

Menurut Riza selain lontong isterinya turut menyediakan lemang, rendang dan kuih lapis, manakala bapa mertuanya menyediakan pilaf, iaitu juadah raya dari Uzbekistan.

“Walaupun tak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia tapi saya rasa sangat bertuah sebab ada keluarga ipar yang menganggap saya seperti anak mereka sendiri,” katanya.

Pilaf iaitu juadah raya yang berasal dari Uzbekistan.

 

Video perkongsian merpati dua sejoli ini sering menarik perhatian netizen yang kagum dengan kebolehan kedua-dua mereka menyesuaikan diri walaupun dengan latar belakang budaya yang masing-masing.

Menurut Riza mereka mula aktif berkongsikan video mengenai kehidupan harian mereka di Jerman sejak September lalu.

“Apa yang kami mahu supaya pengikut kami dapat lihat jurang perbezaan antara kita sebenarnya tidaklah sebesar yang difikirkan

“Walaupun berlainan bangsa, bahasa dan budaya, kalau keinginan untuk belajar itu ada, kita akan rasa seronok bila dapat berkongsi budaya dan bahasa antara satu sama lain,” kata Riza.

Berkenalan sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, pasangan muda ini baru sahaja diijabkabul pada awal tahun ini.

“Kami rancang nak kahwin tahun lepas tapi terpaksa tunda disebabkan lockdown. Tapi akhirnya kami buat keputusan untuk kahwin secara ala kadar je.

“Masa tu Jerman tengah lockdown jadi kedai pun tutup, tak boleh beli apa, dress pun kami beli secara dalam talian je,” ujarnya.

 

Walaupun berlainan bangsa, bahasa dan budaya, kalau keinginan untuk belajar itu ada, kita akan rasa seronok bila dapat berkongsi budaya dan bahasa antara satu sama lain.

– RIZA AMIR

Mengakui gementar pada mulanya, namun sikap terbuka serta penerimaan keluarganya serta keluarga Michelle sedikit sebanyak membantunya mengasimilasikan diri dalam keluarga baru.

“Michelle dan keluarganya sering ke Malaysia untuk menyambut perayaan seperti hari raya Aidilfitri dan tahun baru. Keluarga kedua-dua belah pihak memang rapat sangat jadi kami rasa sangat bertuah,” ujar Riza yang bertugas sebagai Pengarah Urusan AbroadAssist Germany, sebuah portal pendidikan dan pengendali kemasukan penuntut seluruh dunia.

Selain bahasa Jerman, Riza turut mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa Rusia bagi memudahkan komunikasi bersama keluarga Michelle.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Bukan sahaja ‘h4ntu’ durian, tapi wanita kacukan Jerman-Rusia ini kerap contact mak mentua di Pulau Pinang… si suami pula terubat rindu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*