“Kepada Allah Saya Menyerah…” Tak Sempat Tatap Zuriat, Ibu Hamil Maut Akibat Covid-19 Sempat Muat Naik Status Terakhir

 

 

Ajal maut di tangan Tuhan. Sejauh manapun kita merancang tentang kehidupan, hanya Allah saja yang berkuasa menentukan segalanya.

Seperti kisah menyentuh hati ramai mengenai seorang wanita yang maut berpunca daripada virus Covid-19. Malah, lebih meruntun hati, arwah sedang menanti detik indah kelahiran zuriat ketiganya sebelum semuanya direntap dalam tempoh sekelip mata.

Arwah yang dikenali sebagai Natalia Ali, sebelum itu sempat memuatnaik beberapa hantaran terakhir di Facebook pada 30 Mei lalu memaklumkan bahawa dia disyaki dijangkiti virus tersebut.

 

Sakit yang air mata tu boleh menitik tiap minit

“Sesiapa yang ada pregnant wife / family yang duduk serumah, tolong la jaga SOP double triple ketat. Antibody kami lemah, kasihanilah kami..sakit. Sangat sakit, sakit yang air mata tu boleh menitik tiap minit.

“Sakit nak carry baby lagi, sakit nak berlawan dengan symptoms lagi. Kepada Allah saya menyerah..semoga PCR test saya negative, tik tok tik tok menanti result..doakan tiada apa yang serius,” katanya dalam hantaran tersebut beserta sekeping gambar dia berada di wad, dipercayai sedang menerima rawatan.

 

Bagaimanapun pada 31 Mei keesokannya, arwah memaklumkan bahawa dirinya telah  disahkan positif Covid-19 tahap empat.

Maka dengan itu arwah memohon pada siapa-siapa yang mengenalinya untuk memaafkan segala kesalahannya dan menghalalkan makan minumnya.

 

“Disahkan pesakit Covid-19 tahap empat. Doakan saya. Yona nak minta maaf semua salah silap. Halalkan makan minum. Saya sayang semua. Tak ada sesiapa yang perlu risau sebab saya tak keluar rumah sejak raya,” katanya.

Selanjutnya pada 1 Jun keesokannya pula, arwah sekali lagi menulis hantaran pendek di Facebook, menyatakan bahawa dirinya ketika itu agak lemah.  Tahap kesihatannya dipercayai terjejas teruk.

“Tolong jangan hantar mesej atau hubungi saya. Keadaan saya sangat-sangat teruk ketika ini,” katanya.

 

Mesej terakhir arwah pada kami..

Tular sejak semalam di media sosial, pusat penjagaan ibu bersalin menerusi Instagram lavenderconfinementcare telah memuat naik satu hantaran berkongsi mengenai kejadian yang menimpa arwah.

Pada awalnya, arwah atau nama sebenarnya Noor Shahatul Aziana telah menempah slot penjagaan bersalin di situ. Namun, pada 31 Mei lalu arwah telah memaklumkan kepada mereka bahawa dia kemungkinan dijangkiti virus Covid-19 dan sedang menunggu keputusan ujian.

Namun, mereka telah dihubungi semula oleh adik ipar arwah memberitahu bahawa arwah telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada Isnin, baru-baru ini.

Arwah dikatakan telah ditidurkan sebelum meninggal dunia dan sempat melahirkan bayinya secara pembedahan pada 2 Jun.

Salam takziah dari kami di Lavender Confinement Care buat keluarga customer kami iaitu arwah Puan Noor Shahatul Aziana yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2021 disebabkan Covid19.

Mesej terakhir arwah kepada kami adalah pada 31 Mei 2021 untuk memaklumkan bahawa dia disyaki positif Covid 19 dan sedang menunggu keputusan PCR. Menurut adik iparnya, arwah kemudiannya telah ditidurkan dan baby dilahirkan selepas itu secara czer pada 2 Jun 2021.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

”Kakak ipar saya.. kami pun masih speechless..”

Jelas adik iparnya, mereka terpaksa membatalkan tempahan slot bersalin di pusat penjagaan tersebut kerana arwah sudah pun meninggal dunia.

Malah lebih sayu, arwah dikatakan tidak sabar untuk bersalin dan berpantang.

Sungguh menyayat hati, arwah telah pergi ke alam lain dalam keadaan ‘tidur’, manakala si anak pula selamat dilahirkan ke dunia.

Rata-rata warganet yang terkesan dilihat membanjiri ruangan komen di Facebook arwah dan menitipkan salam takziah kepada keluarga diiringi doa kepada arwah.

 

Moga Allah kurniakan kekuatan untuk keluarga arwah..

Kasihan apabila terkenangkan nasib si anak kecil yang baru dilahirkan. Dia baru saja membuka mata untuk melihat dunia. Sepatutnya insan pertama yang menjadi tatapannya adalah ibunya sendiri. Namun apakan daya, Allah telah merancang sebaliknya.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Allah memberikan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan. Salam takziah buat arwah Noor Shahatul Aziana. Al-Fatihah.

Sumber: FB Natalia Ali (arwah) / IG Lavender Confinement Centre

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : siakapkeli

Be the first to comment on "“Kepada Allah Saya Menyerah…” Tak Sempat Tatap Zuriat, Ibu Hamil Maut Akibat Covid-19 Sempat Muat Naik Status Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*