Harga Minyak Masak Botol Naik Mendadak, Ini Jawapan Menteri Berkaitan

Harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah memandangkan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan menyebabkan kenaikan harga minyak sawit bertapis lebih tinggi kepada sekitar RM5,000 satu tan.

Justeru, katanya, ini menyebabkan harga minyak masak di kilang berada pada kadar RM4.50 hingga RM5 sekilogram.

“Jika lima kilogram sekitar RM25. Belum dikira kos pembungkusan dan lain-lain. Dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit, sangat munasabah harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram.

KPPK rancang buka pejabat serantau di Jeddah

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

 

“Minyak masak sawit berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun sebagai menteri yang menjaga sawit, saya terpanggil untuk menjelaskan isu kenaikan harga MSM yang memberi kesan kepada harga minyak masak,” katanya dalam tulisan di laman Facebook rasminya.

 

Mohd Khairuddin berkata, ketika ini minyak masak pek dua kilogram dan lima kilogram berada di pasaran sekitar 300,000 tan dan minyak masak pek bersubsidi satu kilogram kira-kira 720,000 tan, manakala sebanyak 19 juta tan dipasarkan di pasaran antarabangsa menerusi eksport.

Katanya, wujud penyelewengan minyak masak bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 bagi pek satu kilogram, sebelum ia dipek semula kepada kilogram dan dijual dengan harga pasaran RM20 sebelum ini dan kini berada pada sekitar RM30.

“Sekiranya subsidi diperluaskan kepada minyak masak lima kilogram untuk kegunaan M40 dan T20, penyelewengan boleh berlaku lagi pada skala lebih besar dan memerlukan penguatkuasaan lebih ketat oleh kerajaan.

“Sudah lama rakyat M40 dan T20 menikmati minyak masak pada harga rendah di atas kudrat dan keringat pekebun kecil yang berpendapatan kecil,” katanya.

 

Beliau menjelaskan, untuk 12 juta rakyat berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 dengan bagi pek satu kilogram meskipun harga modal di kilang melebihi RM5.

“Kerajaan membayar subsidi purata 720,000 tan setahun atau sebanyak 720 juta pek minyak masak satu kilogram yang dikeluarkan. Bukan hanya cukup untuk 12 juta rakyat B40 malah dengan angka rakyat Malaysia 32 juta, setiap orang boleh menikmati 1.8 kilogram minyak sebulan dengan harga subsidi.

“Kalau keluarga dengan lima orang bererti satu keluarga boleh menikmati purata sembilan kilogram minyak masak bersubsidi sebulan,” katanya.

 

Mohd Khairuddin berkata, dalam masa sama, kenaikan harga MSM ‘memulangkan keringat’ tiga juta ahli keluarga pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Katanya, harga MSM (minyak sawit mentah) di pasaran dunia berada pada RM4,000 hingga RM4,500 satu tan berbanding hanya sekitar RM2,000 satu tan pada 2019 dan sebelumnya.

“Kesannya, harga buah tandan segar di ladang naik sekitar RM1,000 satu tan berbanding RM300 sebelum ini, sekali gus meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit daripada kategori B40 berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik yang mencukupi untuk sara hidup sekeluarga,” katanya.

 

Beliau menjelaskan, dengan harga MSM sekitar RM2,000 satu tan pada 2019, pekebun kecil menjual buah sawit di ladang hanya dengan harga RM300 dan ia tidak cukup untuk menampung kos keringat dan baja.

“Namun, dengan harga RM4,000 satu tan, pekebun kecil menikmati harga di ladang RM1,000 satu tan menjadikan purata pendapatan bulanan pekebun kecil dengan empat hektar sawit sekitar RM5,000 ke RM6,000.

“Kenaikan harga inilah yang menguntungkan tiga juta rakyat miskin dari kalangan keluarga peneroka dan pekebun kecil sawit,” katanya.

 

Kualiti minyak masak sawit bersubsidi yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan dijual dalam botol, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. FOTO BERNAMA

 

Bekalan bawang mencukupi walau India keluar larangan eksport | Berita |  ProjekMM

Kualiti minyak masak sawit bersubsidi yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan dijual dalam botol, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan, memperuntukkan RM600 juta pada tahun ini bagi melaksanakan Program Skim Rasionalisasi Minyak Masak (COSS) berbanding RM528 juta tahun lalu.

COSS adalah program subsidi minyak masak yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup pengguna dan mekanisme itu terbuka kepada semua golongan untuk mendapatkan minyak masak pada harga berpatutan.

Subsidi itu diberikan kepada minyak masak yang dipek dalam bungkusan polibeg 1 kilogram (kg) dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket, walaupun harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia meningkat.

“Kerajaan telah memperuntukkan 60,000 tan metrik sebulan atau 720,000 tan metrik setahun, iaitu bersamaan dengan 60 juta polibeg sebulan dan 720 juta polibeg setahun, untuk kegunaan semua peringkat rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kuantiti berkenaan adalah berdasarkan kadar penggunaan 1.8kg seorang setiap bulan, iaitu 22.0kg seorang setahun, katanya.

“Kerajaan memberi jaminan, kualiti minyak masak sawit bersubsidi yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan yang dijual dalam botol, malahan ada di antaranya dikeluarkan dari kilang yang sama,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:trendingsangat

 

Be the first to comment on "Harga Minyak Masak Botol Naik Mendadak, Ini Jawapan Menteri Berkaitan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*