Baru Sahaja Ditayangkan, Drama Kekasih Hati Mr B0dyguard Dikritik Kerana Lakonan ‘Kayu’ Sharifah Rose?

Baru sahaja ditayangkan beberapa episod di slot Lestary TV3, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard sudah mendapat perhatian ramai dek kerana kemunculan personaliti media sosial ataupun ‘instafamous’ iaitu Sharifah Rose yang digandingkan bersama pelakon idaman Malaya, Redza Rosli.

Berkongsi keterujaan pertama kali berlakon disamping jejaka idaman ramai, Rose turut memuat naik ciapan di Twitter, mempromosikan drama tersebut di akaun miliknya :

Siapa sangka ciapan yang di muat naik itu meletup sehingga ramai yang meninggalkan pendapat tentang lakonan Rose, tidak kurang juga komen ‘sinis’ yang merasakan lakonannya yang dikatakan agak ‘kayu’.

Lihat respon mereka :

Dalam pada itu, disebalik komen-komen negatif yang diterima, ada juga yang memuji usaha Rose dan merasakan itu percubaan pertama yang baik buat beliau di dalam dunia lakonan, jadi wajarlah jika lakonannya tidak berapa hebat seperti pelakon yang sudah lama di dalam industri.

Mungkin disebabkan skripnya yang sedikit cringe menyebabkan Rose dikrit1k hebat, namun percubaan pertama beliau untuk drama ini wajar diberikan peluang lagi. Bak kata pepatah, “jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu”.

Untuk rekod, Rose mula dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan model sambilan, juga pernah menjadi teman wanita kepada penyanyi terkenal Ismail Izzani dan anak tiri Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid.

 

Sumber: Twitter Sharifah Rose

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://www.dnq.pw/

Be the first to comment on "Baru Sahaja Ditayangkan, Drama Kekasih Hati Mr B0dyguard Dikritik Kerana Lakonan ‘Kayu’ Sharifah Rose?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*