Dalam Diam, Rupa-Rupanya Haneesya Hanee Cicit Kepada Allahyarhamah Zaharah Agus

Siapa sangka dalam bakat seni yang ada dalam diri pelakon Haneesya Hanee, rupa-rupanya mempunyai pertalian darah dengan penyanyi terkenal era 60-an iaitu Allahyarhamah Zaharah Agus.

Perkara itu diakui sendiri oleh Haneesya melalui posting terbaharunya di laman Instagram miliknya.

“Tak sangka jumpa sound nni dekat TikTok! Obviously I would do it! Hope my moyang would be proud of me🙈”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Allahyarhamah Zaharah terkenal dengan watak sebagai isteri pertama kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem klasik Madu Tiga.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut terkejut dengan pengakuan tersebut dan memuji bakat seni dalam dirinya yang selama ini mengalir dalam darahnya.

Selama ini Haneesya tidak pernah kongsikan mengenai perkara ini, mungkin kerana tidak mahu diketahui umum.

Tapi apa salahnya bila orang dah tahu, kadang-kala waktu tu lah baru orang nak hargai jasa dan bakat kita.

Dalam masa yang sama, pelakon Raja Ilya turut meninggalkan komen bertanyakan tentang perkembangan baharu Haneesya dalam dunia seni.

Namun beliau mengakui bahawa selepas isu yang pernah dilakukan olehnya pada tahun 2019 yang lalu, tawaran lakonan semakin kurang diterima.

Tak mengapa lah, rezeki ada di mana-mana kan?

 

Sumber foto dan video: Instagram Haneesya Hanee

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

 

Be the first to comment on "Dalam Diam, Rupa-Rupanya Haneesya Hanee Cicit Kepada Allahyarhamah Zaharah Agus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*