Aktiviti ziarah raya tidak dibenarkan, Aliff Syukri kecewa sebab dah tempah seekor lembu dan 5 ekor kambing

Ramai yang kecewa selepas kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bermula bermula 12 hingga 7 Jun 2021 dimana aktiviti ziarah-menziarahi tidak dibenarkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitiri tahun ini.

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri turut kecewa dengan larangan aktiviti ziarah yang sudah sinonim dalam budaya rakyat Malaysia menjelang Aidilfitri.

Menerusi entri di Instagram, Aliff yang muncul dengan lagu Raya berjudul Lala Raya ini mendedahkan dia sudah membuat persiapan untuk menjamu tetamu dan juga pekerjanya terutama bujang yang tidak dapat pulang beraya di kampung.

“Saya sedih sangat waktu Hari Raya Aidiltri pula nak PKP? Kami dah patuh SOP tak kemana-mana pun selama PKP ni selain urusan kerja. Saya dah beli banyak lauk-pauk nak jamu tetamu yang nak bertandang ke rumah saya.

“Terutama pekerja-pekerja saya yang duduk bujang tak dapat balik kampung. Lembu seekor, kambing lima ekor… tiba-tiba dapat pengumuman tak dibenarkan langsung ada ziarah raya. Sedih tau,” kata Aliff di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka meluahkan perasaan yang sama dan ada juga netizen yang menyarankan Aliff untuk sedekahkan juadah yang sudah dibeli itu kepada mereka yang memerlukan.

 

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : updatenews-48

Be the first to comment on "Aktiviti ziarah raya tidak dibenarkan, Aliff Syukri kecewa sebab dah tempah seekor lembu dan 5 ekor kambing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*