Nabila Huda Pos1tif Cov1d 19, Mula Hilang Der1a B4u, Ini Pesan Amy Search: “Papa Love You”

Seorang lagi aktres kesayangan negara, Nabila Huda telah dij4ngkiti v1rus COV1D 19.

Berita kurang baik itu disahkan oleh bapanya, Amy Search selepas video Nabila menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Keisha dari dalam bilik berseorangan dengan Keisha dan suaminya, Bert di ruang tamu manakala Amy sekeluarga ikut meraikan dari rumah dimuat naik di akaun Instagramnya, pagi tadi.

“Ya, Abil pos1tif COV1D 19,” ujar Amy sewaktu dihubungi Gempak.Menurut Amy, biarpun Nabila kini menjadi salah satu mangsa virus yang semakin meruncing di Malaysia dengan gelombang ketiga ini, namun anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik.

“Abil ada beritahu sekarang dia sudah hilang deria bau, batuk dan selesema.Namun buat masa ini keadaannya stabil.

“Alhamdulillah, Keisha dan suami serta kami sekeluarga tidak dij4ngkiti COV1D 19,” kata Amy.

Amy turut menitipkan pesanan bermakna buat anak kesayangannya yang perlu melalui kuarantin kendiri menjelang Aidilfitri besok.

 

“Saya sedih bila Abil kena (COV1D 19) lagi lagi dah nak raya. Buat Abil saya doakan semoga dia tabah, cekal dan tolong doakan kesembuhan dia. Papa love you, we love you Abil. Stay strong.

“Paling penting, make sure antibody kuat, jangan lupa ambil Vitamin C. Saya tahu Abil kuat!” katanya lagi.

 

Lantaran pemenang pelakon wanita terbaik itu dij4ngkiti COV1D 19, perancangan mereka untuk merayakan ulang tahun Keisha yang ke 11 tahun, semalam selain ertemuan keluarga sempena merayakan sambutan Hari Ibu juga dibatalkan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Mereka hanya merayakannya secara virtual demi menjaga keselamatan masing masing.Sementara itu, hantaran WhatsApp Gempak kepada Nabila masih belum dibalas aktres tersebut.Terdahulu, awal minggu ini pelakon Tiz Zaqyah, Nora Danish dan penyanyi Datuk Nora Ariffin juga mengumumkan mereka telah dij4ngkiti COV1D 19.

Instagram: @qasender, @kupukupu

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "Nabila Huda Pos1tif Cov1d 19, Mula Hilang Der1a B4u, Ini Pesan Amy Search: “Papa Love You”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*