Demi Ank-Ank, Bek4s Isteri Eizlan Yusof Tetap Jaga Hubvngan Baik

Meskipun sudah bercerai dan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga serta mempunyai kehidupan baharu, pelakon Datuk Eizlan Yusof tetap menjalin hubungan baik dengan bekas isterinya, Vie Shantie Khan.

Baru-baru ini, Vie Shantie ada memuat naik perkongsian mengenai ibu bapa perlulah bersikap matang demi anak-anak walaupun sudah berbeza haluan dan kehidupan. Kata Vie lagi, bukan hati ibu bapa yang perlu diutamakan tetapi hati anak-anak adalah yang lebih penting.

 

 

“Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukhuwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibu bapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan.

“Bukan hati kita yang harus diutamakan. Tapi hati mereka dan jiwa mereka yang perlu disatukan. Semoga ikatan persaudaraan mereka terus terjalin di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya.

 

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Vie sempat mengucapkan tahniah buat bekas suaminya yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung.

Terdahulu, Vie dan Eizlan bercerai talak satu pada tahun 2015 selepas 8 tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Vie Shantie kemudian berkahwin dengan seorang orang kenamaan manakala Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019.

 

 

Sumber : rotikaya

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : dnq.pw

Be the first to comment on "Demi Ank-Ank, Bek4s Isteri Eizlan Yusof Tetap Jaga Hubvngan Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*