Tular Rakaman Penghantar Makanan Dibelasah, Identiti Pemukulnya Buat Ramai Terkejut

KUALA LUMPUR : Video seorang lelaki memukul penghantar makanan di tepi jalan raya tular di media sosial sejak malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, video dirakam pengguna jalan raya itu menunjukkan lelaki yang dipercayai seorang pelawak dan pelakon terkenal merangkul leher penghantar makanan dan memukul kepalanya.

Selebriti itu juga dilihat cuba ditenangkan tiga lelaki lain daripada terus memukul penghantar makanan itu.

Di hujung video berkenaan juga, selebriti berkenaan kedengaran seolah memberi amaran kepada mangsa dengan nada suara yang tinggi.

Selebriti itu pernah didakwa kerana menumbuk muka dan menendang warga emas yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah taman perumahan di Nilai, Negeri Sembilan dua tahun lalu.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul individu terbabit.

 

 

Sumber : astroawani, info roadblock jpj/polis

Be the first to comment on "Tular Rakaman Penghantar Makanan Dibelasah, Identiti Pemukulnya Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*